awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undi Awal: TLDM paling ramai di Lumut, 117 saluran seluruh Perak

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
05/05/2018
02:14 MYT
Undi Awal: TLDM paling ramai di Lumut, 117 saluran seluruh Perak
Barisan Leftenan Muda selesai menunaikan tanggungjawab mereka di SK Pangkalan TLDM Lumut pada hari mengundi awal PRU14 hari ini. - Foto Astro AWANI/Harits Asyraf Hasnan
Parlimen Lumut merekodkan jumlah pengundi awal paling ramai di negeri Perak iaitu 11,900 pemilih daripada keseluruhan 37,407 pengundi awal yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di negeri ini.
Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terletak di Parlimen ini merekodkan jumlah tertinggi pemilih dari kalangan tentera dan keluarga mereka iaitu 11,352 pemilih.
Sementara baki, 548 pemilih di Parlimen ini merupakan anggota polis pelbagai pangkat serta keluarga mereka.
Enam pusat mengundi dibuka tepat jam lapan pagi iaitu tiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang dan tiga lagi di DUN Pangkor.
Di DUN Pasir Panjang, seramai 380 pemilih layak mengundi di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, Markas Operasi Pasukan Polis Marin, Kg Acheh (88) dan Bilik Mesyuarat, Stesen Komunikasi TLDM, Sitiawan (129).
Sementara di DUN Pangkor yang menempatkan Pangkalan TLDM, terdapat 6,483 pemilih berdaftar yang layak membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangkalan TLDM, Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkalan TLDM (4,740) dan Ruang Pejabat Am, Balai Polis Pangkor (80).
Antara yang membuang undi awal di dua pusat mengundi di Pangkalan TLDM adalah Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Seri Mohamad Roslan Mohamad Ramli, Timbalannya, Laksamana Pertama Abu Bakar Mohd Ajis dan Komander Pangkalan, Laksamana Pertama Datuk Alias Baharuddin.
Sebanyak 71 pusat mengundi awal dengan 117 saluran dibuka di seluruh Perak, tepat jam 8 pagi tadi bagi membolehkan 37,407 pemilih melaksanakan tanggungjawab mereka.
Ia membabitkan 23,634 anggota tentera dan 13,773 polis di seluruh Perak.
Pusat mengundi awal yang terlibat kebanyakannya di kem tentera, ibu pejabat polis daerah dan kem Pasukan Gerakan Am (PGA).
Sebanyak 71 pusat mengundi dibuka terdiri daripada 55 pusat mengundi untuk anggota polis, manakala 16 lagi untuk tentera.
Sejumlah 356 petugas terlibat hari ini yang terdiri daripada 18 penyelia pusat mengundi, kerani penyemak daftar pemilih (66), penunjuk arah pusat mengundi (155) serta anggota polis (117).
Topic Berkaitan
#lumut
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#Parlimen Lumut
#pengundi awal
#Perak
#pilihan raya umum
#PRU14
#tentera
#TLDM
#undi awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan