KUALA LUMPUR:Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub bersedia menerima hukuman akibat tidak bangun bagi meminta undi belah bahagi di parlimen pada Khamis lepas.
Dalam satu kenyataan ringkas, Salahuddin mengakui kesilapannya kerana tidak bangun untuk menyokong usul undi belah bahagi yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
“Saya minta maaf pada parti dan ahli-ahli Amanah.
“Saya salah kerana bangun dan duduk semula setelah Presiden Abang Mat (Mohamad Sabu) minta saya dan MP Amanah yang lain duduk.
“Abang Mat terima arahan last minit dari Ketua Pembangkang.
“Saya tak sanggup dan tergamak berlawan dengan presiden sendiri dalam parlimen.
“Saya akui saya salah. Saya menunggu dan bersedia untuk menerima hukuman dari parti .
“Ahad ini Amanah Nasional akan ada mesyuarat khas.,” katanya.
Pada Khamis, Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di peringkat dasar telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih suara untuk menyokong.
Percubaan pembangkang untuk adakan undi belah bahagi gagal kerana tidak mencukupi 15 orang menyokong cadangan tersebut.
Belanjawan 2021 dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 Nov lepas dan seramai 82 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan yang berlangsung dari 9 Nov hingga 19 Nov.
Menurut Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, perbahasan peringkat jawatankuasa bermula Isnin depan selama 10 hari sebelum undi belah bahagian sekali lagi diadakan.
Irwan Muhammad Zain
Fri Nov 27 2020

SALAHUDDIN: Saya minta maaf pada parti dan ahli-ahli Amanah. - Gambar fail/Astro AWANI

COVID-19: JKN Kedah rangka operasi 24 jam di CAC
KKM juga bercadang untuk mewujudkan CAC bergerak bagi memantau pesakit yang mempunyai masalah mobilisasi atau dari kalangan golongan rentan.

Lelaki sanggup lepaskan kereta kesayangan untuk beramal
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zam menyerahkan kereta itu yang baru sahaja dibaiki, melibatkan kos sehingga RM15,000.

Lirikan senyuman quokka, jadikannya haiwan paling gembira di dunia
Satu perkara yang istimewa pada haiwan ini, mungkin tiada pada haiwan lain ialah mukanya atau mungkin lebih tepat mulutnya seolah-olah sentiasa mengukir senyuman.

PdPR: Bagaimana kita boleh laksanakan dengan lebih baik
Cikgu Noorhailmi Abdul Mutalib dari SMK Jerlun bercerita mengenai cabaran pelaksanaan PdPR dan apa yang boleh dilakukan untuk memudahkan proses ini.

Sabah bentang enakmen baharu libatkan isu air - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, bagaimanapun perkara itu akan dibawa ke peringkat sidang DUN Sabah selepas tempoh Proklamasi Darurat tamat.

6,894 pekerja asing jalani ujian saringan, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Daripada jumlah yang telah menjalani saringan itu, 154 pekerja asing disahkan positif COVID-19.

255 kes baharu COVID-19, kes harian tertinggi direkodkan di Sarawak
Selain itu, dua kematian dilaporkan oleh JPBN Sarawak melibatkan Kluster Pasai di Sibu.

12 premis judi di Ampang Jaya dipotong bekalan elektrik
Sebanyak 12 premis yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian di Ampang Jaya dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh TNB.

24 Januari 2021: Fokus Minggu Depan
#FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara. Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan.

Rupanya gambar sendiri, kerana cemburu wanita tergamak tikam suami
Polis kemudiannya menahan Leonora selepas mendapat laporan daripada jiran terdekat yang mendengar pergaduhan mereka berdua.

Undi belah bahagi Belanjawan 2021: 'Saya mohon maaf, sedia dihukum' - Salahuddin
Salahuddin mengakui kesilapannya kerana tidak bangun untuk menyokong usul undi belah bahagi yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Salahuddin Ayub mohon maaf kepada petani, penternak dan nelayan
Beliau berkata telah mencuba yang terbaik selama satu tahun lapan bulan untuk memperjuangkan nasib mereka.

Kongres Maruah Melayu: Amanah dan Pas satu pentas, apa salahnya? - Salahuddin
Ditanya sama ada pemimpin Amanah akan duduk bersama-sama pemimpin Pas, Datuk Salahuddin Ayub berkata tidak ada salahnya mereka duduk bersama.

'Masih layak atau tidak, biar ahli parti nilai prestasi saya' - Salahuddin
Datuk Salahuddin Ayub menyerahkan kepada ahli parti untuk menentukan kedudukannya sama ada masih layak untuk memikul tugas sebagai Timbalan Presiden Amanah atau sebalinya.