awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undi percaya PM Anwar wajar, muktamadkan keabsahan - Amiruddin

Bernama
Bernama
27/11/2022
12:37 MYT
Undi percaya PM Anwar wajar, muktamadkan keabsahan - Amiruddin
Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata langkah itu juga adalah bagi mengelakkan daripada pertikaian berterusan pihak tertentu seperti yang pernah dihadapi di dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini. - Gambar fail
BANGI: Pembentangan usul undi percaya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Persidangan Parlimen ke-15, 19 Dis ini, adalah wajar bagi memastikan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri dapat dimuktamadkan.
Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata langkah itu juga adalah bagi mengelakkan daripada pertikaian berterusan pihak tertentu seperti yang pernah dihadapi di dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini.
"Namun jika ia (undi percaya) tiada, kita masih perlu membentangkan belanjawan dan belanjawan itu sendiri juga boleh dianggap sebagai undi percaya," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Menteri Besar Selangor itu berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan MASISWA Networking Games 2022 di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), di sini.
Anwar, dalam sidang media sulung selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10, Khamis lalu, berkata sidang pertama Dewan Rakyat pada 19 Dis ini ditetapkan untuk dikemukakan usul undi percaya terhadapnya sebagai Perdana Menteri.
Katanya, langkah itu bertujuan apabila ada pihak mempertikai kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri sekali gus dilihat menjejaskan kestabilan kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#usul undi percaya
#Persidangan Parlimen ke-15
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Amirudin Shari
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan