Tun Dr Mahathir Mohamad berhadapan beberapa kekangan termasuk usia dan kekuatan parti baharunya dalam usaha membangunkan Langkawi seperti dinyatakan di dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) beliau.
Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, ia sekali gus menjadi penghalang untuk Presiden Pakatan Harapan itu merealisasikan kata-katanya kepada pengundi di Langkawi sendiri.
"Kalau ya Tun M berjasa, dari pulau tak ada apa, kepada apa-apa, ada dua isu. Pertama, Tun M berjasa dari parti yang memerintah, iaitu BN dan UMNO.
"Dia ada kuasa dan disokong Kabinet. Akhirnya dia buat keputusan. Dia ada bajet, dan akhirnya Langkawi jadi macam hari ini.
"Tetapi, kalau tidak disambung oleh kerajaan yang ada hari ini, Tun M mewakili sebuah parti kecil, pendaftarannya pun tidak mampu dibuat dan kemungkinan dia di hujung usia, kekuatan pun kurang, badan, dan sebagainya.
"Saya tidak yakin juga dia dikelilingi oleh anggota yang boleh memberi nasihat lebih kreatif dan inovatif dalam merancang, untuk diberikan kepada Pulau Langkawi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
BACA: Peruntukan besar Kerajaan Pusat bukti kemajuan Langkawi tidak terbantut - Nawawi
BACA: Milik siapakah Langkawi ini?
Mohd Rawi berkata demikian ketika mengulas janji Dr Mahathir untuk membangunkan Langkawi seandainya kembali dipilih menjadi Ahli Parlimen Langkawi dan Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan.
Dalam pada itu, jelas Mohd Rawi, walaupun pembangunan di Langkawi sering dikaitkan dengan Dr Mahathir, semua yang berlaku sebenarnya lebih kepada kejayaan BN secara keseluruhannya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM1.315 bilion untuk lima projek baharu kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Langkawi.
Projek berkenaan melibatkan pembinaan bangunan tambahan Hospital Langkawi bernilai RM500 juta, kuarters baharu petugas kesihatan (RM135 juta), balai bomba dan kuarters baharu di Padang Matsirat (RM30 juta), menaik taraf Jalan Bulatan Lapangan Terbang- Pulapol Langkawi (RM50 juta) dan projek mengatasi masalah bekalan air (RM600 juta).
Kata Najib, bangunan tambahan Hospital Langkawi antara lain akan dilengkapi 220 katil, wad unit rawatan rapi dan wad koronari selain menambah bilangan perkhidmatan dan 10 bidang kepakaran yang sedia ada.
Selain itu, projek berkenaan juga akan menyediakan kemudahan untuk pesakit bayar penuh bagi memenuhi permintaan pelancongan kesihatan di Langkawi, yang masih belum mempunyai hospital swasta.
Mohd Rawi dalam pada itu berkata, Langkawi seharusnya mempunyai sebuah universiti untuk memastikannya menjadi lokasi tumpuan negara.
Wan Syamsul Amly
Sun Apr 29 2018
Mohd Rawi berkata, walaupun pembangunan di Langkawi sering dikaitkan dengan Dr Mahathir, semua yang berlaku sebenarnya lebih kepada kejayaan BN secara keseluruhannya. - Gambar hiasan
Panama bersedia untuk pemilihan Presiden
Panama bersedia untuk pilihan raya Presiden di tengah-tengah krisis politik yang dihangatkan dengan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan memerintah.
Penunjuk perasaan pro Palestin ditahan polis Virginia
Polis menahan beberapa penunjuk perasaan di Universiti Virginia pada Sabtu semasa puluhan pelajar menduduki perkhemahan pro-Palestin di kampus selepas menyifatkan perhimpunan itu sebagai menyalahi undang-undang.
Hampir 100% sedia, TH tunggu kt pertama 9 Mei ini
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang ketibaan KT pertama jemaah haji Malaysia di Madinah pada 9 Mei ini.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah
Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Khalifah Jelutong malam tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan polis Virginia
Pasukan polis anti rusuhan dilaporkan menyerbu kawasan perkhemahan sekitar jam 3 petang waktu tempatan.
Mari meriahkan hari terakhir Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara
Acara penutup yang dijadual bermula 10 pagi itu diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Pulau Pinang.
Seramai 150 petugas Tabung Haji sertai ziarah ke tempat bersejarah di Madinah
Seramai 150 petugas Tabung Haji (TH) bagi musim haji 1445H/2024 yang tiba di Madinah pada 2 Mei lalu, semalam dibawa melakukan aktiviti ziarah luar bagi memberi pengalaman yang akan dilalui oleh jemaa
Lelaki rogol anak kandung hingga lahir dua anak
Perbuatan suspek berusia 40-an itu terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 20 tahun membuat laporan polis.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.