awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang sasar pasang 5,000 CCTV di seluruh negeri menjelang Oktober
Sultan Pahang zahir kebimbangan isu pemberian taraf PR, kewarganegaraan
PRK Lamag rekod 55.16 peratus keluar mengundi setakat 3 petang - SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usul keabsahan tiada dalam undang-undang, tapi kelebihan PM sebagai Ketua Majlis Mesyuarat - Wan Junaidi

Israr Khalid
Israr Khalid
07/12/2022
21:15 MYT
Usul keabsahan tiada dalam undang-undang, tapi kelebihan PM sebagai Ketua Majlis Mesyuarat - Wan Junaidi
WAN JUNAIDI: Sekiranya ia dibawakan oleh ahli Dewan biasa, ianya perlu melalui beberapa peringkat prosedur dan lazimnya usul sedemikian tidak berjaya sampai untuk dibahaskan di Parlimen. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan bahawa tidak ada dinyatakan mekanisme untuk membawa usul keabsahan dalam mana-mana undang-undang di negara ini.
Bagaimanapun katanya, Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis Mesyuarat mempunyai kelebihan untuk membawakan dan mendahulukan sebarang usul yang dirasakan penting untuk rakyat dan negara.
“Saya tahu Datuk Seri Anwar (Ibrahim) memang berminat dengan soal keabsahan dan benda-benda baharu berkenaan reformasi ini.
“Jadi apabila beliau kata nak diabsahkan kedudukannya, beliau bercakap atas kapasiti sebagai the Leader of the House (Ketua Majlis Mesyuarat) dan menjadi satu perkara yang penting mesti dipatuhi,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Jelas Wan Junaidi, sekiranya ia dibawakan oleh ahli Dewan biasa, ianya perlu melalui beberapa peringkat prosedur dan lazimnya usul sedemikian tidak berjaya sampai untuk dibahaskan di Parlimen.
“Bila bagi notis 14 hari, ia kemudian akan disenaraikan bawah peraturan mesyuarat, ikut keutamaannya di bawah Peraturan 15 dan macam-macam lagi.
“Tapi oleh kerana ia dibangkitkan oleh the Leader of the House, menteri akan beritahu kepada Speaker (Yang di-Pertua Dewan Rakyat) bahawa ia satu perkara kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan, satu hari notis sudah cukup," katanya.
Disebabkan itu usul keabsahan boleh menjadi perkara pertama yang diangkat dalam sesi pertama Sidang Dewan Rakyat penggal ke-15 yang akan membuka tirainya pada 19 Disember nanti, selepas pemilihan Speaker yang baharu serta sesi angkat sumpah oleh Ahli Parlimen yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan pemilihan Timbalan Speaker.
Usul keabsahan tiada dalam undang-undang, tapi kelebihan PM sebagai Ketua Dewan - Wan Juniadi
Topic Berkaitan
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#keabsahan
#PM10
#Pantau Kerajaan Baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan