awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video intim: Lembaga Disiplin PKR bakal hubungi Farhash, Amirudin Shari

Astro Awani
Astro Awani
24/07/2019
16:13 MYT
Video intim: Lembaga Disiplin PKR bakal hubungi Farhash, Amirudin Shari
Lembaga Disiplin telah diminta menghubungi Farhash dan Amirudin Shaari berkenaan kenyataan-kenyataan mereka mengenai isu video intim. - Foto Astro AWANI
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak akan diminta untuk memberi penjelasan kepada parti itu berhubung kenyataan mereka mengenai isu video intim baru-baru ini.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dalam kenyataannya pada malam Rabu berkata, parti itu telah meminta Lembaga Disiplin PKR untuk menghubungi Farhash dan Amirudin yang juga Pengerusi PKR Selangor, serta beberapa anggota PKR yang lain.
"Mereka akan diminta memberi penjelasan berkenaan kenyataan-kenyataan mereka baru-baru ini, berkait isu video tular," katanya.
Menurut Fahmi, perkara itu telah dibangkitkan dan dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik yang diadakan sebentar tadi.
Selain itu, katanya mesyuarat turut membincangkan mengenai Resolusi Pemukiman Pimpinan KEADILAN di Port Dickson pada 19-21 Julai yang telah dihantar kepada semua pimpinan yang tidak hadir untuk mereka teliti.
Farhash yang ditahan reman bagi siasatan kes video intim, telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa lalu bersama bekas ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.
Haziq dan lima rakannya ditahan dalam satu operasi di sekitar Lembah Klang bermula jam 6 petang hingga 10 malam pada 15 Julai lalu oleh Unit Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Lima individu tersebut kemudiannya dibebaskan.
Keesokannya, Farhash dan dua lagi rakannya ditahan di sekitar Johor Bahru kira-kira pukul 2.30 petang, di mana seorang daripada mereka dibebaskan selepas diambil keterangan.
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#bekas Ketua AMK Santubong
#Fahmi Fadzil
#Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak
#Haziq Abdullah Abdul Aziz
#Menteri Besar Selangor
#Pengerusi PKR Perak
#PKR
#video intim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan