awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular pemimpin Sabah terlibat rasuah, Pemuda UMNO buat laporan polis

Astro Awani
Astro Awani
17/04/2018
14:48 MYT
Video tular pemimpin Sabah terlibat rasuah, Pemuda UMNO buat laporan polis
Bahrin (tengah) menunjukkan laporan polis selepas membuat laporan bersama Pergerakan Pemuda UMNO Sabah di IPD Kota Kinabalu, hari ini. -Gambar Pemuda UMNO Sabah
Pergerakan Pemuda UMNO Sabah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu susulan penularan video berita palsu berhubung dakwaan pemimpin di negeri itu yang terbabit dalam amalan rasuah.
Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Sabah, Mohd Bahrin Abdul Karim berkata penularan video itu yang didakwa didalangi pihak pembangkang sejak Isnin itu menunjukkan betapa terdesaknya pihak pembangkang untuk memegang kuasa sehingga sanggup menyebarkan fitnah.
"Sebuah portal berita dalam talian juga telah membuat kenyataan menafikan video yang berdurasi 1.34 saat menggunakan logo agensi media mereka tanpa kebenaran.
“Laporan polis itu berkenaan berita palsu yang telah ditularkan sejak semalam. Video dalam durasi 1 minit 34 saat yang menunjukkan pemimpin di Sabah banyak melakukan kegiatan rasuah adalah tidak benar.
"Laporan polis ini dibuat agar perkara ini disiasat di bawah akta berita tidak benar yang dikuatkuasakan baru-baru ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Dalam pada itu Bahrin menyatakan, satu tindakan tegas perlu dikenakan terhadap individu yang menyebarkan video berunsur fitnah itu kerana telah mencemarkan nama baik pemimpin politik di Sabah.
Topic Berkaitan
#Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu
#Mohd Bahrin Abdul Karim
#Pergerakan Pemuda UMNO Sabah
#Rasuah
#sebar fitnah
#Tular
#UMNO
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan