awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Azizah, Nurul Izzah sifatkan surat Anwar hal dalaman PKR

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/05/2016
05:38 MYT
Wan Azizah, Nurul Izzah sifatkan surat Anwar hal dalaman PKR
Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan 'warkah dari penjara' daripada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah hal dalaman parti itu. - Gambar fail
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan 'warkah dari penjara' daripada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah hal dalaman parti itu.
Wan Azizah yang enggan mengulas lanjut surat yang secara keras menentang Deklarasi Rakyat itu tidak mendedahkan secara lanjut butiran surat itu.
“Ia hal dalaman, hal dalaman. Terima kasih,” jelas beliau ketika diminta menjelaskan kesahihan surat tersebut di lobi Parlimen di sini hari ini.
Isu surat Anwar Ibrahim: Wan Azizah sifatkan ia 'hal dalaman' (internal matter) @501Awani pic.twitter.com/K0IUmNeuES
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 17, 2016
Reaksi sama diutarakan anaknya, Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden PKR.
"Saya fikir jelas, pada masa kini tidak perlu untuk saya dedahkan apa-apa kepada umum.
"Saya punya tanggungjawab untuk menjadikannya sebagai perihal dalaman kami. Terima kasih kerana memahami," katanya.
Semalam, banyak pihak dikejutkan dengan pendedahan surat dengan sejumlah tujuh halaman bertulis tangan itu yang menyentuh penglibatan parti tersebut dalam Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Deklarasi Rakyat
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#Tun Mahathir
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan