SHAH ALAM : Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching mendakwa, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan bercita-cita untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
"Saya diberitahu ramai orang bahawa Wan Saiful sendiri bercita-cita mahu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
"Begitu tinggi sekali harapan dan keyakinan beliau itu. Kita ingin tahu juga adakah Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) membenarkan beliau menjadi Ketua Menteri, atau adakah Wan Saiful perlu terlebih dahulu menyertai Gerakan?
"Malah, adakah Gerakan akan sanggup membenarkan Wan Saiful menyertai Gerakan dan menjadi seorang pemimpin parti?" katanya menerusi satu kenyataan di Facebook pada Ahad.
Ahli Parlimen Kulai itu berkata demikian didakwa bagi memulangkan paku buah keras kepada Wan Saiful yang dilihat cuba mencampuri urusan partinya.
"Comel betul cubaan Wan Saiful Wan Jan untuk berlagak tahu tentang politik dalaman DAP," ujarnya.
Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor pada Sabtu dilaporkan berkata, ada khabar mengatakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim akan bertanding pada PRN Pulau Pinang dalam usaha menggantikan Chow Kon Yeow kerana 'gagal memimpin negeri'.
Mengulas lanjut, Nie Ching mendakwa Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang sebenarnya tiada modal lain selain menawarkan politik mengganggu dan politik buat kacau kepada rakyat Pulau Pinang khususnya.
"Rekod DAP-PH sejak 2008 begitu sukar untuk dicabar. Mereka patut beritahu kita, siapakah sebenarnya calon mereka sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang? Adakah benar Wan Saiful calonnya?" soalnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 09 2023

Menerusi kenyataan di Facebook pada Ahad, Teo bertanya, adakah Gerakan akan membenarkan Wan Saiful menyertai parti itu dan menjadi pemimpinnya. - Foto Sinar Harian
ERW Expo: Hasil karya wanita cekal dan hebat
Ekspo "Empowering Refugee Women” mempersembahkan hasil kerja daripada lapan gerakan wanita memperjuangkan pelarian yang bertapak di Kuala Lumpur. Saksikan pameran dan perkongsian usaha mereka dalam meningkatkan keupayaan dan memberi inspirasi kepada semua wanita. Niaga AWANI bersiaran langsung di Asia School of Business bermula jam 9.00 pagi.

Gunung berapi Anak Krakatau Indonesia meletus
Gunung berapi Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda Indonesia meletus pada pagi Selasa, memuntahkan abu gunung berapi setinggi kira-kira satu kilometer ke udara, kata seorang pegawai.

Kerajaan digesa tingkat aktiviti pemantauan acara hiburan
Kerajaan Terengganu digesa untuk memperketat pemantauan terhadap penganjuran acara hiburan yang melalaikan bagi mengekang penularan budaya hedonisme yang dilihat semakin memburuk di negeri itu.

Tiga beranak cemas diserang gajah
Berpantang maut sebelum ajal, tiga beranak berdepan detik mendebarkan apabila kereta dinaiki mereka diserang sekawan gajah liar di Kilometer 55, Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli.
Usah putuskan China dari rantaian bekalan global - Li Qiang
Perdana Menteri China, Li Qiang membantah usaha Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah daripada memutuskan China daripada rantaian bekalan perdagangan global dan menyatakan kesediaan untuk mengeratkan kerjasama.
Sarawak tiada hasrat turunkan had umur belia kepada 30 tahun
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelaskan ketika ini masih ada keperluan untuk mengekalkan had umur yang lebih tinggi dalam pentadbiran ataupun jawatankuasa persatuan belia bagi menguruskan aset dan kewangan.
Jumlah perdagangan Malaysia RM239.5 bilion pada Okt 2023
Jumlah perdagangan Malaysia pada Oktober 2023 berjumlah RM239.5 bilion (Sept 2023: RM224.4 bilion), dengan eksport dan import, masing-masing sebanyak RM126.2 bilion dan RM113.3 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Perak bentang Bajet 2024 pada Jumaat ini
Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Perbekalan 2024 oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad bakal menjadi tumpuan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan bermula Jumaat ini.
Perlindungan sosial perlu diremajakan, pelengkap subsidi bersasar
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menambah, kerajaan berharap
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada selasa susulan langkah operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM36.91 bilion daripada RM38.95 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dana Islam turut turun kepada RM25.34 bilion daripada RM26.46 bilion.
Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM36.91 bilion daripada RM38.95 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dana Islam turut turun kepada RM25.34 bilion daripada RM26.46 bilion.

Bersatu akan bincang isu MP Labuan dalam masa terdekat
Datuk Wan Saiful Wan Jan memaklumkan selepas perbincangan selesai, barulah keputusan akan diumumkan.

"Pertuduhan ke atas saya untuk alih perhatian kegagalan kerajaan" - Wan Saiful
Wan Saiful dakwa 18 pertuduhan pengubahan wang haram terhadapnya juga dibuat secara tergesa-gesa.

Adam Radlan didakwa guna hasil haram RM500,000
Adam Radlan Adam Muhammad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas satu pertuduhan menggunakan wang daripada aktiviti haram berjumlah RM500,000, bermula 2021 lalu.

Wan Saiful didakwa atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram
Datuk Wan Saiful Wan Jan, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram libatkan RM5.59 juta.

Wan Saiful tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes AMLA
Wan Saiful tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu bagi menghadapi lebih 10 pertuduhan pengubahan wang wang haram.

Wan Saiful akan didakwa kes AMLA esok
Wan Saiful mengesahkan beliau diminta hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu, bagi menghadapi kes baharu membabitkan pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA).

Wan Saiful berjaya dapatkan pasport untuk lawatan kerja ke Jepun
Ia bagi membolehkan beliau mengikuti urusan rasmi Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur Pengangkutan dan Komunikasi Parlimen Malaysia ke Jepun.

Wan Saiful gagal ketepi kes rasuah RM6.9 juta
atuk Wan Saiful Wan Jan gagal dalam permohonannya untuk mengetepikan dua pertuduhan rasuah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.

Wan Saiful bercita-cita jadi KM Pulau Pinang - Nie Ching
Teo Nie Ching memulangkan paku buah keras kepada Wan Saiful yang dilihat cuba mencampuri urusan DAP.

'Jangan perasan, tiada siapa pun jemput hang masuk DAP' - Anthony balas Wan Saiful
Tiada sesiapa pun yang menjemput Wan Saiful Wan Jan untuk menyertai DAP, kata Anthony Loke.