Sayap Wanita Pakatan Rakyat bersatu dalam menyatakan sokongan tanpa syarat untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.
Demikian menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh tiga ketua wanita parti tersebut iaitu, Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita DAP Chong Eng, Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff.
“Kami telah bersama-sama bersatu dan mengukuhkan sokongan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor” kata kenyataan tersebut.
Dalam kenyataan yang sama, Wanita Pakatan berkata majoriti menunjukkan 30 dari 43 Ahli Undangan Negeri sudah bersetuju Wan Azizah sebagai MB.
Mereka turut mempersoalkan sekiranya Wan Azizah adalah lelaki adakah pelantikan beliau sebagai MB akan diadili.
Dengan berbekal semangat demokrasi, Wanita Pakatan turut menekankan bahawa perlembagaan negeri tidak menyokong diskriminasi terhadap jantina dan seterusnya tidak menghalang wanita menjadi pemimpin sesebuah negeri.
Wanita Pakatan turut menggambarkan Wan Azizah sebagai seorang wanita besi yang tabah menerima segala dugaan bersama suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta keluarga.
“Dari tahun 1998 sehingga kini, sudah 16 tahun Wan Azizah menghadapi segala tohmahan dan dugaan pada suami dan keluarganya.
Pilihan untuk beliau melangkah keluar dari kancah politik sentiasa ada, namun dengan sikap dedikasi kepada keluarganya, PKR dan Malaysia membuatkan beliau lebih tabah dalam perjuangannya untuk keadilan, demokrasi dan kebebasan” kata kenyataan itu lagi.
Sebelum ini 30 ADUN Pakatan Rakyat di Selangor menyatakan sokongan Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baharu.
Sokongan tersebut sekali gus menandakan ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang kepercayaan majoriti di Selangor untuk terus kekal sebagai Menteri Besar.
Astro Awani
Sun Aug 31 2014
Wanita Pakatan turut menekankan bahawa perlembagaan negeri tidak menyokong diskriminasi terhadap jantina dan seterusnya tidak menghalang wanita menjadi pemimpin sesebuah negeri.
PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada Ahad.
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Rumah terbuka Persatuan Komuniti Bugis Sabah meriah
Keunikan pakaian suku kaum Bugis dan kepelbagaian juadah menjadi tarikan utama rumah terbuka Persatuan Kaum Bugis Sabah.
Perayaan masa terbaik pupuk persaudaraan - Hajiji
Datul Seri Hajiji Noor menyifatkan perayaan yang ada di negara ini sebagai medan terbaik memupuk tali persaudaraan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Konsert jelajah terakhir Kitaro bakal tarik ramai pengunjung
Konsert jelajah Kitaro di Rainforest World Music Festival 2024 bakal jadi yang terakhir buat Kitaro yang memasuki usia 71 tahun, Februari lalu.
Abang Jo setuju cadangan syarat untuk pemohon PR di Sarawak
Dalam perkembangan lain Abang Johari bersetuju dengan cadangan untuk menetapkan syarat bagi komuniti peniaga dan pelabur yang mahu mendapatkan status Penduduk Tetap (PR) di Sarawak perlu memasukkan minimum dua juta ringgit ke dalam akaun deposit tetap negeri ataupun membeli hartanah bernilai 1.5 juta ke atas.
Kes denggi di Kedah membimbangkan, catat 1,550 kes pada ME16
Kes denggi di Kedah berada pada tahap membimbangkan apabila sejumlah 1,550 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-16 tahun ini.
Kerajaan Sarawak tidak paksa penduduk pedalaman terima projek empangan Melata
Abang Johari berharap penduduk pedalaman Sarawak agar membuka minda dengan melihat kepada manfaat projek empangan melata yang penting bagi menghasilkan tenaga boleh diperbaharui di kawasan merfeka.
Sarawak akan jana tenaga hijau seratus peratus hijau
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan berbincang dengan SEB bagi membolehkan dua loji tenaga arang batu miliknya ditukar kepada loji bersumberkan biomass.
RM9 bilion KPS ganti paip lama seluruh negara
Kos diperlukan bagi menggantikan paip-paip lama seluruh negara mencecah sembilan bilion ringgit.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kebocoran paip jadi penyumbang besar kepada Air Tidak Terhasil (NRW) iaitu 40 peratus daripada penghasilan air bersih.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kebocoran paip jadi penyumbang besar kepada Air Tidak Terhasil (NRW) iaitu 40 peratus daripada penghasilan air bersih.
Teo Nie Ching dipilih Ketua Wanita DAP baharu
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Ketua Wanita DAP yang baharu, menggantikan Chong Eng yang berkhidmat selama 22 tahun bagi jawatan itu.
PRN: Chong Eng kesal tidak dicalonkan semula
Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang, Chong Eng kesal apabila namanya digugurkan dalam senarai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang.
Dua Ahli Parlimen, lima ADUN tewas dalam pemilihan DAP P. Pinang
Ramkarpal hanya mendapat 575 undi manakala Chong, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang mendapat 417 undi.
343 kes keganasan rumah tangga di Pulau Pinang tahun lepas
Berdasarkan statistik PDRM, sejumlah 86 kes direkodkan di daerah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara (61 kes), Seberang Perai Selatan (48 kes) dan Barat Daya (36 kes).
Skuasy: Ramai pemain junior tunjuk peningkatan dan berpotensi - Nicol
Juara dunia lapan kali itu berkata pada masa ini, ramai pemain junior yang telah tunjukkan peningkatan dan ada antara mereka mempunyai potensi yang baik.
Sabah putuskan had umur kahwin 18 tahun
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat Kabinet negeri yang lepas.
Wanita Pakatan Rakyat nyata sokongan tanpa syarat Wan Azizah sebagai MB
Sayap Wanita Pakatan Rakyat bersatu dalam menyatakan sokongan tanpa syarat untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.