KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Dr Xavier Jayakumar mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengukuhkan lagi dakwaan ada usaha tersusun oleh kerajaan minoriti untuk menarik sokongan ahli-ahli parlimen pembangkang.
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, usaha itu termasuklah dengan cara umpan dan ugutan, menggunakan agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu itu berkata, Xavier pernah memaklumkan kepada pimpinan PKR sebelum ini, mendakwa dirinya menjadi sasaran SPRM.
“Dr Xavier baru-baru ini telah bertemu pimpinan Keadilan (PKR) memaklumkan bahawa pihak SPRM menjadikan beliau sasaran siasatan, setelah SPRM sebelumnya menahan setiausaha politik, pembantu peribadi dan beberapa kenalan beliau berkait satu kes yang sedang berjalan.
“Dr Xavier kemudiannya dihubungi seorang menteri kanan yang menyatakan beliau perlu menyokong Perikatan Nasional atau hadapi akibat yang serius,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan hari ini.
Awal hari ini, Dr Xavier mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden dan ahli PKR, parti yang dianggotainya sejak 1998.
Menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik di laman media sosialnya, Ahli Parlimen Kuala Langat itu menyatakan rasa tersangat kecewa dengan beberapa perkara yang terjadi sejak tahun lepas.
Dengan peletakan jawatan itu, Dr Xavier berkata, beliau kini merupakan Ahli Parlimen Bebas yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional.
BACA: Xavier Jayakumar letak jawatan Naib Presiden, ahli PKR
BACA: Dijangka 7 hingga 8 ahli Parlimen pembangkang akan sokong kerajaan PN - Annuar Musa
Mengulas lanjut, Saifuddin mendakwa, hal yang berlaku sekarang adalah, instrumen pemerintah termasuk SPRM sedang diperguna ahli politik kanan dalam pentadbiran Perikatan Nasional untuk mengalih sokongan Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan pembangkang kepada Perikatan Nasional.
Tindakan itu, tegasnya lagi, adalah satu bentuk salahguna kuasa, terutama tatkala disedari ada antara isu rasuah dan salahguna kuasa yang lain seperti tidak diambil tindakan oleh pihak berwajib.
“Amatlah jelas kerajaan minoriti hari ini berlapik dengan alasan darurat dan menggantung Parlimen sambil pada masa sama berusaha mendapatkan sokongan lebih ramai Ahli Parlimen dengan cara menggunakan agensi-agensi tertentu melalui taktik umpan habuan, tekanan dan ugutan.
“Sebagai seorang yang lama mengenali Dr Xavier Jeyakumar - Tindakan dan alasan-alasan beliau dalam kenyataan hari ini menimbulkan pelbagai tanda tanya. Namun yang membezakan reformis tulen dengan yang lain ialah tahan diuji pada masa senang dan sukar,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Saifuddin berkata, beliau ingin mengulangi gesaan agar semua Ahli Parlimen PKR terus berpegang kepada prinsip dan landasan perjuangan reformasi tanpa tunduk dengan umpan habuan dan ugutan.
PKR dan Pakatan Harapan, katanya lagi, akan kekal dengan hala tuju mempertingkat persiapan menuju PRU15, dan pada masa yang sama berusaha mengembalikan mandat rakyat, sesuai kerangka undang-undang dan perlembagaan.
Firdaus Azil
Sat Mar 13 2021

Saifuddin berkata, Dr Xavier (gambar) pernah memaklumkan kepada pimpinan PKR sebelum ini, mendakwa dirinya menjadi sasaran SPRM. - Gambar fail

Pasca lawatan Perdana Menteri ke China
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan.

Lawatan PM Anwar ke China beri manfaat besar
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan. Ikut laporan disediakan Hasimi Muhamad, dari Beijing.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Pindah 62 ekor kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM10,000
Seorang pemandu lori didenda RM10,000 setelah mengaku bersalah memindahkan 62 ekor kambing disyaki dari Thailand tanpa kebenaran.

BNM terus berhubung dengan pihak berkepentingan kemudi peralihan ekonomi bebas karbon
Ia merangkumi penyertaan dalam platform antarabangsa seperti Rangkaian Untuk Menghijaukan Sistem Kewangan (NGFS) dan membina keupayaan bagi menganalisis kesan risiko iklim untuk bertindak lebih awal.

45 peniaga kena kompaun serta-merta
Seramai 45 peniaga di dua daerah iaitu Temerloh dan Maran dikenakan tindakan kompaun serta-merta melibatkan hasil kutipan RM7,900.

Pemuda Pas Kelantan gesa semak semula cukai cecair vape
Pihaknya khuatir perkara tersebut akan memberi kesan langsung kepada anak-anak muda terutama melibatkan soal kesihatan dan moral untuk tempoh jangka panjang.

AWANI Ringkas: Pengurusan visa dan frekuensi penerbangan dipermudahkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Indonesia periksa 'hot spot' pemerdagangan manusia
Modus operandi penyeludup tidak berperikemanusiaan kerana membawa pekerja migran Indonesia secara haram dan dijadikan hamba.

Menteri Luar Ecuador letak jawatan
Menteri Luar Ecuador Juan Carlos Holguin mengumumkan peletakan jawatannya pada Sabtu atas sebab peribadi.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Satu nyawa tetap berharga, KDN, PDRM beri tumpuan isu bunuh diri anggota polis
KDN dan PDRM tidak akan sesekali alpa kerana walau satu nyawa sekali pun, ia adalah berharga.

Parti Kerajaan Perpaduan guna logo sendiri hadapi PRN - Saifuddin
Keputusan BN menggunakan lambang dacing bagi menghadapi enam PRN adalah dalam pengetahuan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.

Kertas Kabinet NIISe akan dibentang April ini - Saifuddin
Kertas Kabinet berhubung Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) akan dibentangkan pada April ini, menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Isu kerakyatan: Kerajaan tidak akan kompromi, tergesa-gesa capai KPI - Saifuddin
Kerajaan tidak akan berkompromi atau tergesa-gesa memberi status kewarganegaraan kepada mana-mana pihak semata-mata mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menjelang hujung tahun ini.

Menteri KDN diminta pertimbang lanjut PLKS dalam tiga subsektor
Sivakumar berkata beliau telah berbincang dengan Saifuddin Nasution mengenai lanjutan masa pemegang PLKS dalam tiga subsektor.

688 permohonan warganegara libat anak lahir di luar negara - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini menerima sebanyak 688 permohonan taraf kewarganegaraan bagi anak yang lahir di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

Isu pembekuan pekerja asing di tiga sektor dibincangkan esok
Isu pembekuan pekerja asing bagi tiga sektor iaitu kedai gunting rambut, gedung tekstil dan kedai emas akan dibincangkan esok, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.

Tiada keperluan untuk Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan - Saifuddin
Saifuddin tidak melihat ada keperluan untuk mengenakan tindakan Akta Hasutan terhadap Dr Mahathir, berhubung kritikan yang disuarakan bekas perdana menteri itu kepada kerajaan.

KDN dalam peringkat persediaan asas bawa keluar kanak-kanak di depoh tahanan
KDN juga sedang kenal pasti jumlah sebenar dan keberadaan kanak-kanak berkenaan, sebelum diserahkan kepada NGO yang mengkhusus dalam penjagaan kanak-kanak.