awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Yang minat bertanding kerusi JB itu, dia punya pasal lah' - Shahrir Samad

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
09/03/2018
06:14 MYT
'Yang minat bertanding kerusi JB itu, dia punya pasal lah' - Shahrir Samad
Shahrir: 'Kita sama-sama tunggu pada hari penamaan calon. Saya tidak akan cakap apa-apa.' - Gambar fail
Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berpendirian untuk tidak mempedulikan hasrat Pakatan Harapan yang dikatakan berusaha untuk merampas kerusi yang disandangnya selama tujuh penggal itu.
Sebaliknya tegas beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, apa yang lebih penting Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
"Sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minta supaya dalam (mesyuarat) perwakilan bahagian UMNO, untuk saya bertanding, saya sudah tidak cakap apa-apa. Jadi kita sama-sama tunggu pada hari penamaan calon. Saya tidak akan cakap apa-apa.
"Yang minat (nak bertanding kerusi Johor Bahru) itu dia punya pasal lah sebab dia parti lain. Namun, parti kita (BN) untuk pertahankan kerusi," katanya kepada media di Ibu Pejabat Felda di sini hari ini.
Kerusi parlimen Johor Bahru disandang Pengerusi Felda itu selama tujuh penggal sejak 1978.
Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membayangkan beliau bersedia menentang Tan Sri Shahrir Samad untuk rebut kerusi Parlimen Johor Bahru pada PRU14 sekiranya diarahkan parti.
Pada masa sama semalam, Pakatan Harapan sudah memuktamadkan pembahagian 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor antara parti komponennya bagi bertanding PRU14.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#Felda
#Johor Bahru
#Malaysia Memilih
#Media
#menteri
#Najib Razak
#Nurul Izzah
#Nurul Izzah Anwar
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PKR
#presiden
#PRU14
#shahrir samad
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan