awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yang ney jadi pilihan kitak orang Sarawak? Dialog Tiga Penjuru 8.30 malam ini

Israr Khalid
Israr Khalid
16/12/2021
10:09 MYT
Yang ney jadi pilihan kitak orang Sarawak? Dialog Tiga Penjuru 8.30 malam ini
Tawaran bagaimana yang dapat benar-benar menawan rakyat Sarawak kali ini?
KUALA LUMPUR: Sabtu ini orang Sarawak akan mengundi, memilih kerajaan negeri untuk penggal yang baharu.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sentiasa menjadi sesuatu yang menarik untuk diperhati, kerana politiknya agak berbeza dengan di Semenanjung atau 'Malaya' - sepertimana yang sering dipanggil oleh orang Sarawak.
Andai di Semenanjung tidak dapat dinafikan pengaruh kaum dalam politik itu antara terasnya, di Sarawak ia dilihat lebih harmoni.
Kaum bukan soal utama, tetapi rakyatnya lebih melihat kepada apa manfaat yang boleh diberikan kepada mereka. Realisitik atau hanya idealistik itu cerita kedua, yang utama adalah mereka melihat keperibadian calon yang ditampilkan dan keupayaan parti yang di belakangnya.
Namun hari ini gelombang perubahan semakin dirasakan, khususnya dibawakan oleh anak-anak muda Sarawak yang tinggal di Bumi Kenyalang itu mahupun diaspora yang merantau ke 'Malaya' atau lebih jauh.
Perkembangan teknologi menjadi pemangkin kepada gelombang itu, semakin ramai yang terdedah kepada lambakan informasi, semakin ramai yang sudah celik dan sedar tentang hak mereka.
Soal infrastruktur masih menjadi isu utama di Sarawak. Capaian elektrik, air bersih dan rangkaian jalan raya masih lagi belum menyeluruh, apatah lagi capaian internet yang hari ini bukan lagi satu kehendak tetapi keperluan yang mustahak.
Dengan dunia yang semakin terbuka, di negeri yang pemikiran rakyatnya terbuka, pertandingan di Sarawak kali ini juga agak terbuka. Cara mengumpan, menawan dan berkhidmat ahli-ahli politik tidak lagi boleh seperti dahulu.
Jadi bagaimanakah tawaran yang dapat menjadi ‘game changer’ atau jaminan kepada lonjakan kesejahteraan kepada rakyat Sarawak, dari yang bersilat di kota pesat mahupun yang hidup aman di pedalaman.
Di pentas Dialog Tiga Penjuru minggu ini, kami tampilkan calon GPS DUN N.36 Layar, Datuk Gerald Rentap Jabu; calon PSB DUN N.15 Asajaya, Ts. Ishak Buji; dan calon DAP DUN N.23 Bukit Semuja, Brolin Nicholsion.
Malam ini jam 8.30 hanya di saluran 501 dan astroawani.com.
Topic Berkaitan
#Dialog Tiga Penjuru
#PRN Sarawak
#Sarawak Memilih
#PBS
#GPS
#DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan