awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
Video tular individu bertudung minum arak: PDRM tahan dua individu
Pelancongan desa Selangor berpotensi jadi model rujukan nasional kempen TMM2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid Hamidi memang kuat, tapi jangan pandang rendah pengaruh 'Bossku', kata KJ

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2023
00:50 MYT
Zahid Hamidi memang kuat, tapi jangan pandang rendah pengaruh 'Bossku', kata KJ
Khairy (kanan) merumuskan pengaruh Najib (tengah) masih kuat di sebalik kekuatan Zahid dalam parti UMNO.
KUALA LUMPUR: Cerita ‘Bossku’ iaitu merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam gelanggang politik masih belum berakhir, kata Khairy Jamaluddin (KJ).
Menurut bekas menteri dan Ketua Pemuda UMNO itu, pengaruh Najib yang juga pernah memimpin parti politik Melayu itu sebetulnya masih kuat dan berupaya menentukan masa depan UMNO.
Beliau berkata, perkara ini diterjemahkan dalam Pemilihan UMNO yang berlangsung baru-baru ini apabila ramai muka baharu yang menganggotai Majlis Tertinggi (MT) parti terdiri daripada penyokong tegar Najib.
Dalam masa sama, bekas Ahli Parlimen Rembau itu menegaskan, sekalipun Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal sebagai Presiden UMNO, namun, umum jangan sesekali memandang remeh kekuatan dan pengaruh Najib.
"Datuk Ahmad Zahid memang kuat, tetapi kalau kita tengok dengan teliti dan kepada sebagai contoh barisan baharu dalam MT saya nampak ramai mereka sebenarnya adalah penyokong tegar Bossku, Datuk Seri Najib.
"Jangan pandang ringan suara daripada belakang, suara di sebalik penjara… suara yang ada dalam penjara sekarang ini dan pengaruh suara itu menentukan masa depan UMNO. Saya rasa cerita ‘Bossku’ ini belum habis lagi," kata Khairy lagi.
Datuk Zahid memang kuat tapi jika kita tengok senarai MT, sebenarnya ramai penyokong tegar Bossku Ikuti perbincangan topik semasa Keluar Sekejap di podcast https://t.co/82GrOhae95. Boleh juga ditonton di https://t.co/1HlMYAz8lm. Please follow, subscribe and share! pic.twitter.com/GVPvaOi182
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) March 21, 2023
Khairy berkata demikian dalam podcast ‘Keluar Sekejap’ yang dikendalikan beliau bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.
Sedutan rakaman podcast itu dikongsi beliau di akaun Twitter peribadinya.
Dalam perkembangan sama, Khairy berkata, cerita mengenai 'Bossku' belum tamat. Bahkan, orang ramai juga masih mempunyai keinginan untuk mengetahui perancangan Bossku.
"Saya nak sebut dalam podcast 'Keluar Sekejap' mengenai pandangan saya dan pendengar pun tahu pandangan saya selepas kekalahan 2018 (PRU14) berkenaan Bossku, tetapi saya katakan, Bossku masih menjadi kekuatan yang perlu diambil kira," ujar beliau yang dikenali sangat kritikal terhadap Najib khususnya selepas kekalahan teruk UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#bossku
#Najib Razak
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan