awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
MARA tidak kompromi, sorok sebarang isu integriti petugasnya - Asyraf Wajdi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zuraida terus ditegur ahli parti sendiri

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
03/09/2019
12:11 MYT
Zuraida terus ditegur ahli parti sendiri
Terdahulu, Zuraida mendakwa keengganan Anwar membalas surat yang dikirim menjadi punca beliau tidak menghadiri mesyuarat MPP parti berkenaan. - Gambar Astro AWANI
Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin sekali lagi ditegur oleh ahli parti sendiri apabila dilihat seolah-olah tidak menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan.
Menurut Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Thiban Subbramaniam, beliau terpanggil untuk menasihati Ahli Parlimen Ampang itu kerana menyedari bahawa Zuraida sudah banyak kali tidak hadir Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Keadilan (MPP).
“Dengan penuh rendah diri saya ingin menasihatkan Zuraida agar kembali menggunakan saluran mesyuarat rasmi Keadilan untuk membincangkan hal ehwal dalaman parti.
“Saya kira pihak parti cukup memahami punca dan alasan beliau tidak hadir ke mesyuarat memandangkan komitmennya sebagai menteri yang semestinya padat dengan urusan rasmi kerajaan.
“Namun, keadaan menjadi rumit apabila beliau yang tidak hadir ke mesyuarat kerap membuat kenyataan terbuka yang boleh menyebabkan salah tanggap umum kepada parti,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
BACA: Anwar nasihat Azmin dan Zuraida datang mesyuarat
BACA: Permintaan tidak dilayan punca tidak hadir mesyuarat - Zuraida
Tambah Thiban, perkara itu berlaku apabila terdapat segelintir pemimpin parti yang gagal mempraktikkan disiplin organisasi.
Katanya, kenyataan terbuka yang dibuat secara berterusan menyebabkan isu-isu dalaman parti menjadi perhatian umum.
“Kenyataan Zuraida seolah-olah cuba menggambarkan beliau tidak memiliki ruang untuk mengutarakan pandangan kepada kepimpinan parti.
“Lebih berbahaya apabila nama Presiden Keadilan (Datuk Seri Anwar Ibrahim) cuba diheret sama dan dituduh cuba menutup ruang perbincangan,” ujarnya.
Terdahulu, Zuraida mendakwa keengganan Anwar membalas surat yang dikirim menjadi punca beliau tidak menghadiri mesyuarat MPP parti berkenaan.
Selain Zuraida beberapa pemimpin kanan PKR yang tidak hadir sebelum ini ialah timbalan presidennya sendiri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, serta Menteri Besar Selangor merangkap pengerusi PKR negeri itu, Amirudin Shari.
Topic Berkaitan
#AMK
#Ampang
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#Bersatu
#Malaysia Baharu
#Menteri Besar
#Pakatan Harapan
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan