MADRID: Seramai 11 aktivis ditahan selepas memanjat sebuah kren pembinaan untuk memprotes penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix Sepanyol di Madrid pada Ahad, menurut laporan media yang dipetik dpa.
Stesen penyiaran Telemadrid melaporkan bahawa kumpulan penunjuk perasaan terbabit merancang untuk menggantung kain rentang pada kren berkenaan, manakala akhbar Diario de Madrid melaporkan mereka merupakan aktivis daripada organisasi alam sekitar Greenpeace.
Litar baharu Madring dibina di sekitar kemudahan pameran dan persidangan di Madrid dan separuh daripadanya akan ditanggalkan selepas berakhirnya Grand Prix berkenaan.
Penduduk tempatan turut mengadakan protes secara aman di hadapan litar bagi menentang perlumbaan itu berikutan pencemaran bunyi.
-- BERNAMA-dpa