Skip to main content

Dunia

Penderaan seksual: Bekas juara dunia snuker didapati bersalah, hukuman diketahui bulan depan

Bekas juara dunia disabit kesalahan dera kanak-kanak, hukuman diketahui bulan depan -- stadiumastro
Dott telah digantung oleh Persatuan Biliard dan Snuker Profesional Dunia selepas pertuduhan itu diumumkan tahun lalu.
Advertisement

BEKAS juara dunia snuker, Graeme Dott, disabitkan kesalahan melakukan penderaan terhadap dua kanak-kanak secara seksual beberapa tahun lalu, selepas perbicaraan yang berlangsung di Scotland.

Dott didakwa dengan dua pertuduhan 'berkelakuan lucah, tidak senonoh dan menjijikkan', terhadap seorang gadis antara tahun 1993 dan 1996, dan seorang budak lelaki antara tahun 2006 dan 2010.

Meskipun dia menafikan tuduhan itu, namun dia didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di Glasgow pada Isnin, susulan perbicaraan yang berlangsung lima hari. 

Hukuman terhadapnya bagaimanapun akan dijatuhkan pada bulan depan.

 

 

 

Untuk rekod, bekas pemain kelahiran Glasgow berusia 49 tahun itu memenangi Kejuaraan Snuker Dunia pada 2006 selain dua kali bergelar naib juara pada 2004 dan 2010.

Dia juga telah digantung oleh Persatuan Biliard dan Snuker Profesional Dunia selepas pertuduhan itu diumumkan tahun lalu.

"Dott adalah individu yang berbahaya dan saya berharap sabitan ini memberikan sedikit kelegaan kepada mereka yang terjejas oleh jenayahnya," jelas pihak berkuasa negeri itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement