Skip to main content

Dunia

Piala Dunia 2026: Masuk sekelip mata, terus beri impak - Lukaku jadi ‘senjata rahsia’ Belgium

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Group G - Belgium v Egypt - Seattle Stadium, Seattle, Washington, U.S. - June 15, 2026 Belgium's Romelu Lukaku celebrates after Egypt's Mohamed Hany scored an own goal for Belgium's first goal REUTERS/Agustin Marcarian
Fizikal dan pengalaman Lukaku jelas menjadi pemangkin perubahan apabila dia berjaya mengganggu pertahanan lawan, sekali gus membuka ruang kepada Belgium untuk kembali dalam perlawanan. - Gambar Reuters

SEATTLE, AMERIKA SYARIKAT: Kehadiran Romelu Lukaku yang tidak sampai seminit di atas padang sudah cukup untuk mengubah nasib Belgium apabila penyerang berpengalaman itu memainkan peranan penting dalam gol penyamaan ketika seri 1-1 menentang Mesir dalam aksi Kumpulan G Piala Dunia 2026.

Belgium ketinggalan hasil jaringan Emam Ashour pada babak pertama dan bergelut mencari gol penyamaan sebelum Lukaku dibawa masuk pada minit ke-66.

Kemasukan pemain berusia 33 tahun itu memberi impak hampir serta-merta apabila kehadirannya di kotak penalti memaksa pertahanan Mesir, Mohamed Hany, melakukan kesilapan hingga tertampan bola ke gawang sendiri.

Sebelum itu, Belgium tampak tumpul di jentera serangan dan gagal mencipta peluang berbahaya meskipun menguasai sebahagian besar permainan, sekali gus memberi kelebihan awal kepada Mesir.

Namun, fizikal dan pengalaman Lukaku jelas menjadi pemangkin perubahan apabila dia berjaya mengganggu pertahanan lawan, sekali gus membuka ruang kepada Belgium untuk kembali dalam perlawanan.

Walaupun tidak dikreditkan sebagai penjaring, peranan Lukaku dalam menghasilkan gol tersebut cukup untuk membuktikan pengaruh besarnya dalam skuad The Red Devils.

Ketua jurulatih Belgium, Rudi Garcia, juga mengakui impak segera penyerang itu, sambil menegaskan pasukannya tidak memiliki pemain lain dengan profil dan keupayaan seperti Lukaku.

Biarpun tahap kecergasan belum berada di tahap terbaik selepas dibelenggu kecederaan, kehadiran Lukaku terus memberi dimensi berbeza kepada serangan Belgium.

Dengan lebih banyak minit permainan, Belgium berharap penyerang utama mereka itu mampu kembali ke prestasi sebenar sekali gus meningkatkan peluang pasukan untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement