Skip to main content

Dunia

Piala Dunia 2026: Neymar terlepas pertemuan dengan Haiti

81741334268_Neymar.jpg
Neymar direhatkan daripada perlawanan kumpulan Piala Dunia kedua Brazil menentang Haiti dan meneruskan pemulihan kecederaan betis, menurut Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) pada Khamis. - Gambar fail
Advertisement

NEW JERSEY: Neymar direhatkan daripada perlawanan kumpulan Piala Dunia kedua Brazil menentang Haiti dan meneruskan pemulihan kecederaan betis, menurut Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) pada Khamis, lapor Xinhua.

Pemain berusia 34 tahun itu meneruskan latihan di kem New Jersey Brazil minggu ini selepas terlepas keputusan seri 1-1 pasukan tersebut dengan Maghribi pada aksi pembukaan Kumpulan C Piala Dunia pada Sabtu.

"Beliau akan kekal di New Jersey untuk mengoptimumkan peringkat akhir proses pemulihannya, memanfaatkan kemudahan yang sangat baik (di sana)," menurut kenyataan di laman web CBF.

Brazil akan menentang Haiti di Philadelphia pada Jumaat sebelum menamatkan peringkat kumpulan menentang Scotland di Miami pada 24 Jun.

Neymar direhatkan sejak Mei selepas mengalami kecederaan betis tahap dua pada kaki kanannya ketika bermain untuk Santos.

Penjaring terbanyak Brazil sepanjang zaman dengan 79 gol dalam 128 penampilan antarabangsa, bekas penyerang Barcelona dan Paris Saint-Germain itu tidak beraksi untuk pasukan kebangsaan sejak mengalami patah ligamen anterior cruciate pada Oktober 2023.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement