Skip to main content

Dunia

Ribuan hadir beri penghormatan kepada Juara Paralimpik empat kali Zanardi

Niccolò Zanardi, son of Alex Zanardi, Italian auto racing champion-turned-Paralympic gold medalist, hugs family friend Federico Zanelli, right, mourn over the coffin during Alex Zanardi's funeral ceremony inside the Basilica of Santa Giustina, Padua, Italy, Tuesday, May 5, 2026. (Claudio Furlan/LaPresse via AP)
Niccolò (kanan) memeluk tetamu yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Zanardi di Basilica of Santa Giustina, Padua, Itali, 5 Mei 2026. (Foto AP)

ROM: Ribuan orang berkumpul di Padua, utara Itali, pada Selasa untuk memberi penghormatan terakhir kepada Juara Paralimpik dan bekas pemandu Formula Satu (F1), Alessandro Zanardi, yang meninggal dunia hujung minggu lepas pada usia 59 tahun.

Keranda Zanardi dibawa di hadapan Basilica of Santa Giustina, di mana orang ramai tetap hadir walaupun dalam hujan.

Advertisement

Balunya, Daniela, dan anak lelakinya, Niccolo, membalas penghormatan orang ramai dengan isyarat penghargaan.

Niccolo berkongsi kenangan kehidupan harian bersama bapanya dan berkata beliau belajar yang bukan cabaran besar yang paling penting, tetapi kebolehan menikmati perkara kecil dalam hidup.

Zanardi bertanding dalam lebih 40 perlumbaan F1 antara 1991 hingga 1999 dan meraih satu mata sepanjang kariernya.

Beliau pernah memandu untuk pasukan seperti Lotus F1 dan Williams F1 dan beliau merupakan rakan sepasukan kepada Ralf Schumacher.

Selepas karier F1 berakhir, beliau mengalami kemalangan serius dalam perlumbaan CART di Lausitzring, Jerman, yang menyebabkan kedua-dua kakinya terpaksa dipotong.

Namun, beliau bangkit dan mencapai kejayaan dalam sukan berbasikal tangan di Sukan Paralimpik London 2012 dan Sukan Paralimpik Rio 2016.

-- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video