Skip to main content

Malaysia

Pape Diakite kembali perkuat TFC musim 2026/2027

https://www.facebook.com/photo/?fbid=1035216265886474&set=a.199805872760855
Diakite telah menandatangani kontrak selama semusim dengan skuad Penyu bermula Julai ini hingga Mei tahun depan. - Gambar Facebook TFCSB
Advertisement

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) mengesahkan kepulangan bekas pemain pertahanan import Pape Diakite untuk memperkuat skuad Penyu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2026/2027.

Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemain kelahiran Senegal itu telah menandatangani kontrak selama semusim dengan skuad Penyu bermula Julai ini hingga Mei tahun depan.

Kenyataan itu memaklumkan kepulangan pemain berusia 33 tahun itu akan memberi nilai tambah kepada pasukan dalam membentuk skuad lebih kompetitif dan berdaya saing bagi menghadapi aksi liga lebih sengit dan mencabar tahun ini.

"Kepulangan Diakite mencerminkan komitmen kelab dalam memperkukuh barisan pertahanan menerusi gabungan pengalaman, kepimpinan serta kualiti yang dimilikinya.

"Sepanjang bersama TFC sebelum ini, Diakite mempamerkan aksi konsisten dan berdisiplin di benteng pertahanan, selain memainkan peranan penting dalam membantu pasukan mengharungi saingan Liga M serta kejohanan di peringkat Asia," menurut kenyataan itu.

Menurut TFCSB, ketinggian dan kekuatan fizikal serta keupayaan membaca corak permainan yang baik mampu membantu pasukan mencapai sasaran ditetapkan dalam setiap pertandingan.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement