KUALA LUMPUR: Hasrat pemain skuasy wanita negara Rachel Arnold untuk mara ke separuh akhir kejohanan Piala Cincinnati Gaynor 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada pilihan utama dari England, Georgina Kennedy, hari ini (Jumaat, waktu Amerika Syarikat).
Perlawanan di Cincinnati Country Club itu menyaksikan pemain negara, yang menduduki ranking ke-24 dunia, terpaksa akur dengan kekalahan straight-set 5-11, 4-11, 4-11 dalam tempoh 24 minit.
Advertisement
Ini kekalahan ketiga berturut-turut Rachel kepada Georgina selepas kali terakhir mereka bertemu di Kejohanan Terbuka Silicon Valley pada Oktober lepas.
Keputusan itu menyaksikan tiada wakil Malaysia berentap di peringkat separuh akhir, dan Rachel menjadi satu-satunya pemain negara yang berjaya melangkah ke suku akhir.
-- BERNAMA