Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] ARRC: Hafizh Syahrin terus unggul, raih kemenangan kelima berturut-turut

Stadium Astro
Kejayaan di litar ikonik yang terkenal dengan cabaran teknikal itu turut menggembirakan JDT Racing Team dan mengukuhkan peluang Hafizh memburu gelaran juara keseluruhan ARRC 2026. - Gambar/ Stadium Astro

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, meneruskan aksi cemerlang dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2026 apabila meraih kemenangan kelima berturut-turut selepas menjuarai Perlumbaan 1 Pusingan Ketiga di Litar Motegi, Jepun, hari ini.

Bekas pelumba MotoGP negara itu mengekalkan rekod sempurna selepas lima perlumbaan sekali gus mengukuhkan kedudukannya di puncak carta kejuaraan kelas yang disertainya.

Di Motegi, pelumba kelahiran Selangor itu menerima saingan sengit daripada pencabar utama Asia, namun pengalaman luas dimilikinya membolehkan beliau mengawal perlumbaan hingga ke garisan penamat.

Kejayaan di litar ikonik yang terkenal dengan cabaran teknikal itu turut menggembirakan JDT Racing Team dan mengukuhkan peluang Hafizh memburu gelaran juara keseluruhan ARRC 2026.

Kini, tumpuan beralih kepada Perlumbaan 2 yang akan berlangsung esok, dengan Hafizh berpeluang meneruskan momentum kemenangan serta menambah kutipan mata penting dalam perebutan gelaran musim ini. - Stadium Astro

Must Watch Video

Advertisement