Skip to main content

Sukan

15 gol lagi! Cristiano Ronaldo ledak hatrik pada usia 41 tahun

REUTERS
REUTERS

Advertisement

PENYERANG berprolifik Al-Nassr, Cristiano Ronaldo, menyumbat hatrik ketika membantu kelabnya menewaskan Al-Khoolod 5-3 dalam saingan Saudi Pro League 2026/27 di Al-Awwal Park, awal pagi tadi.

Kapten Portugal berusia 41 tahun itu meledak dalam babak kedua perlawanan - minit ke-66, 72, 81 - selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam babak pertama.

Kemenangan itu meletakkan Al-Nassr di kedudukan kedua liga berkongsi 29 mata dengan pencabar utama, Al-Qadsiah.

Untuk rekod, Ronaldo ketika ini telah mengumpul 985 gol - 15 gol menuju pemain pertama menjaringkan 1,000 gol - dalam semua kejohanan sepanjang karier profesionalnya.

 

 

Must Watch Video

Advertisement