Skip to main content

Sukan

Boling Remaja Asia 2026: Helena raih emas acara keseluruhan wanita di Jakarta

25th Asian Junior Championships 2026 Jakarta , Indonesia.  Girls All Event : Gold Medal Girls Team : Silver Congratulations to Helena Jamal, Kahira Nur Aleesya, Ayra Deliza and Nur Syahira Amani for their outstanding achievements at the 25th Asian Junior Championship 2026
Atlet boling muda negara Helena Jamal meneruskan rentak cemerlang pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia 2026 selepas meraih emas keduanya, kali ini menerusi acara keseluruhan wanita di Jakarta hari ini. - Foto Facebook Bowling Malaysia
Advertisement

KUALA LUMPUR: Atlet boling muda negara Helena Jamal meneruskan rentak cemerlang pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia 2026 selepas meraih emas keduanya, kali ini menerusi acara keseluruhan wanita di Jakarta hari ini.

Selepas memenangi emas beregu wanita bersama Nur Syahira Amani Abdullah dua hari lepas, atlet berusia 18 tahun itu muncul juara acara keseluruhan wanita selepas mengumpul 3,469 jatuhan pin daripada tiga acara sepanjang kejohanan berkenaan di Pusat Boling Jaya Ancol.

Helena mencatat 1,095 jatuhan pin dalam acara perseorangan, diikuti 1,223 jatuhan pin dalam beregu dan 1,151 jatuhan pin bagi acara berpasukan.

Atlet Singapura Carine Foo meraih perak dengan keseluruhan 3,464 jatuhan pin manakala Charlize Anne Calamba dari Filipina membawa pulang gangsa selepas mencatat 3,445 jatuhan pin.

Terdahulu, Helena bersama Khaira Nur Aleesya Azrul Izwan, Ayra Deliza Mohd Kamarul Azizi dan Nur Syahira meraih perak acara berpasukan wanita selepas melakukan 4,433 jatuhan pin

Singapura meraih emas dengan 4,515 jatuhan pin manakala Filipina melengkapkan kedudukan podium dengan gangsa selepas mencatat 4,167 jatuhan pin.

Kejohanan edisi ke-25 itu berlangsung dari 21 hingga 30 Ogos.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement