Skip to main content

Sukan

EPL: Joao Pedro hanya perlu 31 saat! Chelsea langkah kanan atasi Fulham

Soccer Football - Premier League - Fulham v Chelsea - Craven Cottage, London, Britain - August 24, 2026 Chelsea's Cole Palmer celebrates scoring their third goal with Joao Pedro and Reece James Action Images via Reuters/Matthew Childs
Pemain Chelsea Cole Palmer bersama Joao Pedro dan Reece James meraikan kejayaan menjaringkan gol ketiga ketika perlawanan EPL antara Fulham dan Chelsea di Craven Cottage, London, Britain, 24 Ogos 2026. REUTERS
Advertisement

MORGAN Rogers, Cole Palmer dan Joao Pedro memacu kemenangan Chelsea menewaskan Fulham 3-2 dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) di Craven Cottage, London, awal pagi tadi.

Pasukan pelawat tidak menunggu lama apabila membuka tirai jaringan seawal minit pertama - 31 saat - menerusi Pedro, sebelum Josh King menyamakan kedudukan pada minit ke-23.

Sebelum masuk ke bilik persalinan, rembatan Rogers memastikan Chelsea mendahului 2-1 dalam babak pertama.

Babak kedua menyaksikan Palmer tenang menambah jaringan buat Chelsea. 

Meskipun Gonzalo Garcia merapatkan defisit jaringan selang lima minit kemudian, Fulham terpaksa akur buntu mencari jaringan penyamaan hingga 90 minit permainan berakhir.

Pengurus Chelsea, Xabi Alonso, memuji aksi yang dipamerkan jentera serangan The Blues yang diketuai Cole Palmer.

"Mereka perlu bertanggungjawab. Mereka perlu memimpin yang lain. Mereka perlu memberikan inspirasi kepada yang lain kerana jika mereka beraksi dengan baik, pemain lain akan mengikutinya.

"Saya gembira dengan Cole kerana saya sangat suka melihat dia beraksi dengan sangat dinamik, dengan kebebasan dan tanggungjawab membantu pasukan," katanya.

Must Watch Video

Advertisement