Skip to main content

Sukan

Final Jelajah PSA 2025-2026: Sivasangari ke separuh akhir

SIVASANGARI JUARA PIALA GRASSHOPPER 2026 SELEPAS BANGKIT EPIK DI ZURICH
Menanti Sivasangari di separuh akhir yang dijadualkan berlangsung awal pagi Sabtu waktu Malaysia, ialah pilihan pertama kejohanan Amina Orfi dari Mesir. - Foto Instagram/Sivasangari

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara S Sivasangari melangkah ke separuh akhir Final Jelajah PSA 2025/2026 selepas menewaskan wakil Jepun Satomi Watanabe awal pagi tadi.

Pada aksi berlangsung Centquatre-Paris, Perancis, pemain berusia 27 tahun itu tidak berdepan masalah untuk menundukkan lawannya 11-9, 11-6, 11-9 dalam tempoh 35 minit.

Menanti Sivasangari di separuh akhir yang dijadualkan berlangsung awal pagi Sabtu waktu Malaysia, ialah pilihan pertama kejohanan Amina Orfi dari Mesir.

Terdahulu, Amina mengesahkan slot di separuh akhir selepas menumpaskan wakil Belgium, Tinne Gilis 11-1, 11-8, 6-11, 11-5 dalam tempoh 57 minit.

-- BERNAMA

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement