Skip to main content

Sukan

Glasgow 2026: Abdul Halim akhiri saingan 100m kuak dada SB9 di tempat keenam

CG2026 GLASGOW SPORTS : PARA SWIMMING EVENT : MEN’S 100 METER BREASTSTROKE  SB9 ATHLETE : ABD HALIM MOHAMMAD  -- FB Majlis Sukan Negara Malaysia
Atlet berasal dari Sabah itu mencatatkan satu minit 16.41s dalam aksi akhir yang berlangsung di Pusat Renang Antarabangsa Tollcross. - Foto Facebook/Majlis Sukan Negara
Advertisement

GLASGOW: Perenang para negara Abdul Halim Mohamad menamatkan saingan di tempat keenam acara 100 meter (m) kuak dada SB9 lelaki di Sukan Komanwel Glasgow 2026 pada Isnin.

Atlet berasal dari Sabah yang meraih lima pingat emas pada Sukan Para ASEAN 2025 itu mencatatkan satu minit 16.41 saat (s) dalam aksi akhir yang berlangsung di Pusat Renang Antarabangsa Tollcross, di sini.

Pingat emas dimenangi Beau Matthews dari Australia dengan catatan 1:09.41s, manakala Joshua Willmer dari New Zealand meraih perak selepas mencatat masa 1:11.44s.

Seorang lagi perenang Australia Timothy Hodge melengkapkan kedudukan podium apabila meraih gangsa dengan 1:12.74s.

Acara renang dan renang para Glasgow 2026 yang berlangsung selama enam hari akan melabuhkan tirai pada Rabu ini.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement