Skip to main content

Sukan

Kejohanan Dunia: Aaron-Wooi Yik ke suku akhir selepas Wei Chong-Kai Wun tarik diri

BANGKOK, 13 Dis -- Aksi Beregu Lelaki Malaysia, Aaron Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik ketika menentang Leo Rolly Carnando - Bagas Maulana dari Indonesia dalam perlawanan separuh akhir badminton Sukan SEA 2025 di Gimnasium 4, Universiti Thammasat Kampus Rangsit.  Beregu Malaysia layak ke perlawanan akhir selepas menewaskan beregu Indonesia dengan keputusan: 21-10, 21-12.  --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Aaron-Wooi Yik (gambar) mara ke kelompok lapan terakhir selepas menerima kemenangan percuma, berikutan penarikan diri Kai Wun akibat masalah kesihatan. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pertembungan sesama pemain Malaysia pada Kejohanan Dunia 2026 semalam tidak berlaku, apabila beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke suku akhir tanpa perlu mengeluarkan peluh, selepas menerima kemenangan percuma pada pusingan 16.

Pasangan pilihan keempat kejohanan itu, diberikan kemenangan selepas rakan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menarik diri daripada perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Tertutup Indira Gandhi di New Delhi.

“Pasangan nombor empat dunia, Aaron-Wooi Yik mara ke kelompok lapan terakhir selepas menerima kemenangan percuma, berikutan penarikan diri Kai Wun akibat masalah kesihatan,” menurut hantaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di laman Facebook mereka, malam tadi.

Pada suku akhir, Aaron-Wooi Yik akan menentang pemenang perlawanan antara pasangan China Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi dan Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dari Denmark.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement