ASTON Villa memulakan kempen pramusim di Asia dengan langkah kanan selepas menewaskan pasukan Indonesia All Stars 3-1 di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.
Emi Buendia dan Ross Barkey meletakkan pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu di hadapan dalam babak pertama perlawanan sebelum pemain muda berusia 17 tahun, Brian Madjo, melengkapkan gol ketiga skuad Villain.
Gol sagu hati Indonesia All Stars hadir menerusi Arkhan Kaka pada penghujung perlawanan.
Unai Emery membariskan beberapa pemain bintang seperti Alejandro Garnacho, Victor Lindelöf, Evann Guessand dan kapten pasukan, John McGinn.
Mereka akan meneruskan kempen pramusim di Thailand berdepan BG Pathum United pada Selasa depan.
Thank you to the Indonesia All Stars and for all of our support out here in Jakarta 💜 pic.twitter.com/chCrKifRNv
— Aston Villa (@AVFCOfficial) August 1, 2026