Skip to main content

Sukan

Kontrak CEO, Ketua Jurulatih Harimau Malaya, B-23 ditamatkan - FAM

KELANA JAYA, 13 Mac -- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend ketika mengadakan sidang media pengumuman skuad Harimau Malaya sempena Kelayakan Piala Asia 2027 di Wisma FAM hari ini.  Malaysia akan menentang Nepal pada perlawanan pertama Kelayakan Piala Asia 2027, 25 Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim.  –-fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
FAM mengumumkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya Robert Douglas Friend (gambar) ditamatkan berkuat kuasa 1 Jun. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob Friend ditamatkan melalui persetujuan antara beliau dan badan induk itu berkuat kuasa 1 Jun.

FAM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kontrak ketua jurulatih Harimau Malaya Peter Cklamovski dan dua staf teknikal skuad senior, iaitu  Matthew Smith dan Seiya Imazaki juga ditamatkan atas persetujuan bersama-sama berkuat kuasa 16 Jun.

Selain itu, turut ditamatkan atas alasan sama ialah kontrak ketua jurulatih pasukan Bawah-23 negara Nafuzi Zain dan jurulatih penjaga gol Mohd Yazid Mohd Yassin berkuat kuasa 15 Jun.

“FAM menghormati keputusan yang dibuat dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan bersama-sama pasukan kebangsaan.

“Bagi memastikan kelancaran hala tuju dan kesinambungan program pasukan kebangsaan, FAM sedang mengambil langkah sewajarnya berhubung pengisian jawatan berkenaan. Sebarang perkembangan lanjut mengenai pasukan kebangsaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement