Skip to main content

Sukan

Liga Super: Sabah berpesta gol, belasah PDRM 5-1 di Likas

Penyerang Sabah FC, Kervens Belfort (kanan) cuba untuk melepasi kawalan pemain pertahanan PDRM FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas. - Foto BERNAMA
Penyerang Sabah FC, Kervens Belfort (kanan) cuba untuk melepasi kawalan pemain pertahanan PDRM FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas. - Foto BERNAMA
Advertisement

KOTA KINABALU: Sabah FC berpesta gol apabila menewaskan PDRM FC 5-1 dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah di sini malam tadi.

Pasukan tuan rumah membuka jaringan seawal minit ke-17 menerusi Fergus Tierney, sekali gus menggembirakan penyokong yang hadir memberikan sokongan.

Jaringan itu nyata menyuntik semangat skuad Sang Badak apabila Kervens Fils Belfort menggandakan jaringan pada minit ke-41, sebelum Duje Ljubic menutup babak pertama menerusi gol pada masa kecederaan untuk Sabah mendahului 3-0.

Advertisement

Bersambung pada babak kedua, PDRM FC memperkemaskan rentak permainan dengan memberikan tekanan kepada benteng pertahanan pasukan tuan rumah.

Usaha itu membuahkan hasil apabila pasukan pelawat berjaya memperoleh gol menerusi Mohamad Aiman Sufi Radzai pada minit ke-51.

Advertisement

Sabah bagaimanapun kembali melebarkan jurang gol enam minit kemudian menerusi Darren Lok.

Fergus Tierney melengkapkan malam gemilang Sabah dengan jaringan pada penghujung perlawanan, sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya 5-1 ke atas PDRM FC.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement