Skip to main content

Sukan

Madonna, BTS dan Justin Bieber meriahkan persembahan separuh masa final Piala Dunia 2026

Ronaldinho, left, and Ronaldo stand with Madonna as she performs during the halftime show in the World Cup final soccer match between Spain and Argentina in East Rutherford, N.J., near New York, Sunday, July 19, 2026. (AP Photo/Julio Cortez)
Ronaldinho (kiri) dan Ronaldo berdiri bersama Madonna ketika penyanyi itu membuat persembahan pada acara separuh masa perlawanan akhir Piala Dunia antara Sepanyol dan Argentina di East Rutherford, New Jersey, berhampiran New York. - Foto AP
Advertisement

EAST RUTHERFORD: Barisan bintang antarabangsa termasuk Madonna, BTS, Justin Bieber dan Shakira mencuri tumpuan menerusi persembahan separuh masa pertama dalam sejarah final Piala Dunia FIFA pada Ahad.

Persembahan berkonsepkan gaya Super Bowl itu menjadi antara elemen baharu yang diperkenalkan dalam kejohanan Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Stadium New York New Jersey.

Madonna membuka tirai persembahan dengan lagu hitnya, Music.

Penyanyi legenda Amerika Syarikat (AS) itu memulakan nyanyian dari terowong stadium sebelum memasuki gelanggang menaiki kenderaan lasak yang dipandu bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldo dan Ronaldinho.

Kumpulan K-pop terkenal BTS kemudian mengambil alih pentas dengan mempersembahkan lagu popular Dynamite, sambil mengenakan pakaian berwarna hitam dan merah.

Pelakon AS, Jason Sudeikis dan Brendan Hunt, yang tampil sebagai watak jurulatih daripada siri televisyen *Ted Lasso*, memperkenalkan Justin Bieber kepada penonton.

Penyanyi Kanada itu memperlahankan rentak persembahan menerusi lagu akustik Everything Hallelujah sebelum menukar lirik penutup lagu tersebut kepada "World Cup Hallelujah".

Penyanyi Colombia, Shakira, dan bintang muzik Nigeria, Burna Boy, turut bergandingan mempersembahkan Dai Dai, lagu rasmi Piala Dunia 2026.

Sebelum perlawanan berlangsung, persembahan separuh masa itu mencetuskan perdebatan kerana tempohnya melebihi rehat tradisional selama 15 minit yang lazim diberikan dalam perlawanan bola sepak.

Menurut Undang-Undang Permainan Antarabangsa, pemain berhak mendapat waktu rehat separuh masa yang "tidak melebihi 15 minit".

Bagaimanapun, peraturan kejohanan hanya menyatakan rehat selama 15 minit tanpa menetapkan bahawa tempoh itu tidak boleh dilanjutkan.

Walaupun persembahan muzik hanya berlangsung selama kira-kira 11 minit, keseluruhan waktu rehat mencecah hampir 27 minit berikutan kerja pemasangan dan pengalihan peralatan pentas di atas padang.

 

Must Watch Video

Advertisement