Skip to main content

Sukan

Neymar sedia beraksi menentang Scotland, namun belum pasti diturunkan

Brazil's Neymar, left, looks on before the World Cup Group C soccer match between Brazil and Morocco in East Rutherford, N.J., near New York, Saturday, June 13, 2026. (AP Photo/Yuki Iwanmura)
Neymar dari Brazil perhatikan sebelum perlawanan Kumpulan C Piala Dunia antara Brazil dan Maghribi di East Rutherford, New Jersey, berhampiran New York. - Foto AP
Advertisement

MIAMI: Penyerang Brazil, Neymar, disahkan cergas untuk menghadapi Scotland dalam perlawanan ketiga Kumpulan C Piala Dunia, namun jurulatih Carlo Ancelotti masih belum pasti sama ada beliau akan diturunkan.

Pemain berusia 34 tahun itu kembali ke skuad kebangsaan selepas hampir tiga tahun, tetapi belum beraksi dalam kejohanan kali ini akibat kecederaan betis.

“Neymar sedia. Dia telah berlatih minggu ini dan boleh diturunkan. Kami gembira dia kembali kerana kualitinya mampu membantu pasukan,” kata Ancelotti kepada media.

Menurut jurulatih dari Itali itu, Neymar menunjukkan komitmen tinggi untuk pulih dengan cepat dan tetap memberikan sumbangan dari segi pengalaman walaupun tidak bermain.

Brazil kini berada dalam kedudukan baik selepas seri 1-1 dengan Maghribi dan menang 3-0 ke atas Haiti. Kemenangan ke atas Scotland akan memastikan mereka mara ke pusingan 32 terbaik.

Ancelotti turut mengakui pasukannya menunjukkan peningkatan prestasi dan yakin perlawanan ketiga akan memperlihatkan aksi terbaik mereka setakat ini.

Dalam masa sama, Brazil perlu mencari pengganti pemain sayap Raphinha yang mengalami kecederaan hamstring, namun Ancelotti enggan mendedahkan siapa yang bakal mengisi tempat tersebut.

Beliau turut memberi amaran bahawa Scotland bukan lawan mudah, dengan menyifatkan mereka sebagai pasukan yang teratur dan berpengalaman.

“Tiada perlawanan mudah dalam Piala Dunia. Kami bersedia menghadapi cabaran sukar,” katanya.

Walaupun berdepan sedikit gangguan perjalanan ke Miami, Ancelotti tetap optimis Brazil mampu mengharungi kejohanan ini dengan baik.
 

Must Watch Video

Advertisement