Skip to main content

Sukan

Piala Dunia: Switzerland ke suku akhir buat kali pertama sejak 1954

Switzerland goalkeeper Gregor Kobel (1) celebrates with his teammates after winning a penalty shootout in the World Cup round of 16 soccer match between Switzerland and Colombia in Vancouver, British Columbia, Tuesday, July 7, 2026. (Darryl Dyck/The Canadian Press via AP)
Gregor Kobel (1) meraikan bersama rakan sepasukan selepas tamat perlawanan pusingan 16 Piala Dunia FIFA 2026 antara Switzerland dan Colombia di BC Place, Vancouver, British Columbia, Kanada, 7 Julai 2026. (Foto AP)
Advertisement

SWITZERLAND mencipta sejarah apabila mara ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak edisi 1954 selepas menewaskan Colombia 4-3 menerusi penentuan penalti dalam aksi pusingan 16 terakhir di BC Place, sebentar tadi.

Selepas kedudukan terikat 0-0 sepanjang 120 minit permainan, skuad kendalian Murat Yakin memastikan tiket ke kelompok lapan pasukan terbaik menerusi sepakan penalti penentu Ruben Vargas yang menewaskan penjaga gol Colombia, Camilo Vargas.

Penjaga gol Switzerland, Gregor Kobel, muncul wira pasukan apabila menyelamatkan sepakan Cucho Hernandez, manakala Davinson Sanchez mensia-siakan peluang Colombia apabila rembatannya terkena palang.

Walaupun Manuel Akanji gagal menyempurnakan salah satu sepakan Switzerland, pasukan Eropah itu kekal tenang untuk menamatkan saingan Colombia dan mengesahkan pertemuan dengan juara bertahan Argentina di suku akhir.

Perlawanan berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan sukar mencipta peluang terbaik sepanjang 90 minit permainan. Colombia hampir membuka jaringan pada minit ke-21 menerusi Gustavo Puerta, namun Kobel bertindak cemerlang menafikan percubaannya.

Switzerland hampir mencipta kemenangan pada penghujung masa sebenar apabila Dan Ndoye melakukan larian bijak sebelum melepaskan rembatan yang sekadar melepasi tiang gol.

 

 

Dalam masa tambahan, Colombia lebih hampir untuk memecah kebuntuan, namun tandukan Jhon Lucumi sekadar menggegar palang, sebelum Jaminton Campaz turut gagal memanfaatkan peluang keemasan yang hadir.

Kejayaan ini menandakan pencapaian terbaik Switzerland di pentas Piala Dunia sejak menjadi tuan rumah kejohanan itu 72 tahun lalu. Ia juga kali pertama mereka berjaya memenangi lebih daripada satu perlawanan kalah mati dalam satu edisi Piala Dunia.

Bagi Colombia, kekalahan itu menamatkan impian untuk mengulangi pencapaian mara ke suku akhir seperti yang dilakukan pada edisi 2014 di Brazil.

Switzerland kini akan berdepan tugas lebih mencabar apabila dijadual menentang Argentina pada aksi suku akhir di Kansas City.

 

Must Watch Video

Advertisement