Skip to main content

Sukan

Piala Uber: Aksi cemerlang Ester bantu Indonesia tewaskan Denmark 3-1

HORSENS (Denmark), May 1 -- Indonesia’s women’s singles player Ester Nurumi Tri Wardoyo in action against Denmark’s Line Christophersen in their quarter-final match at the BWF Thomas & Uber Cup Finals 2026 at Forum Horsens on Thursday._BERNAMA
Ester ketika beraksi pada perlawanan suku akhir Piala Thomas dan Piala Uber di Forum Horsens, 30 April 2026. --fotoBERNAMA

HORSENS: Indonesia melangkah ke separuh akhir buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan tuan rumah Denmark 3 -1 pada Piala Uber Edisi 2026 di Forum Horsens, di sini hari ini.

Mata penentuan diperoleh menerusi perseorangan ketiga, Ester Nurumi Tri Wardoyo, yang menewaskan Amalie Schulz dalam perlawanan suku akhir.

Advertisement

Ester yang menghuni ranking ke-264 dunia mencipta kejutan apabila menewaskan pemain ke-42 dunia itu dengan straight set 21-13, 21-18 dalam tempoh 43 minit.

"Saya amat bersyukur kerana semua strategi yang dirancang bersama jurulatih berjalan lancar hari ini, dan saya menang straight set," katanya selepas perlawanan.

Indonesia mendahului saingan menerusi perseorangan utama dan pemain ranking keenam dunia Putri Kusuma Wardani, yang mempamerkan aksi konsisten untuk mengalahkan pemain ke-20 dunia Line Christophersen 21-12, 21-15.

Denmark kemudian bangkit menerusi perseorangan kedua Line Hojmark Kjaersfeldt, yang menyamakan kedudukan selepas mencatat kemenangan 21-15, 21-16 ke atas Ni Kadek Dhinda Amartya Pratiwi.

Bagaimanapun, Indonesia kembali menguasai perlawanan menerusi beregu utama Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari, yang menewaskan gandingan Amalie Cecilie Kudsk-Mette Werge 21-19, 21-11, sebelum Ester muncul wira untuk membantu pasukan itu mara ke kelompok empat terbaik.

Juara tiga kali itu akan menentang juara dua kali, iaitu Korea Selatan yang mengetepikan Taiwan 3-1 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Separuh akhir kejohanan itu akan berlangsung Sabtu ini.

Satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan juara bertahan China menentang Jepun.

Terdahulu, dalam aksi suku akhir, China menewaskan Malaysia 3-0, manakala juara enam kali Jepun mengatasi naib juara 2018 Thailand 3-1.

Final Piala Uber 2026, yang bermula pada 24 April akan berlangsung hingga 3 Mei ini.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video