Skip to main content

Sukan

Sabah FC sah ikat dua pemain import baharu

Sumber: FB SABAH FOOTBALL CLUB
Kike Lopez (kiri) sebelum ini bermain dengan Deportivo Guadalajara manakala Park Jungbin (kanan) sebelum ini bermain di Visakha FA. - Foto Sabah Football Club
Advertisement

KOTA KINABALU: Sabah FC mengumumkan dua pemain import baharu bagi memperkuat cabaran skuad Sang Badak menghadapi saingan Liga Super musim 2026/2027 yang akan bermula bulan depan.

Sabah FC dalam perkongsian di laman Facebook semalam memaklumkan mengikat pemain pertahanan dari Sepanyol Kike Lopez, 32, yang sebelum ini bermain dengan Deportivo Guadalajara, iaitu sebuah kelab bola sepak profesional Mexico.

Seorang lagi pemain yang dibawa masuk ialah pemain tengah dari Korea Selatan Park Jungbin, 32, yang sebelum ini bermain di Visakha FA, iaitu kelab Liga Perdana Kemboja.

“Saya mahu memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan untuk kelab, peminat dan keluarga saya,” kata Lopez.

Park pula berkata matlamatnya menyertai Sabah FC adalah untuk membantu pasukan memenangi sebanyak mungkin perlawanan.

Terdahulu, Sabah FC mengumumkan kejayaan menandatangani pemain tengah antarabangsa Filipina Oskari Kekkonen selain empat pemain tempatan untuk memperkuatkan skuad berkenaan.

Sabah FC bakal memulakan saingan Liga Super musim ini dengan menentang STAR City FC (dahulunya Imigresen FC) di Stadium Likas di sini pada 23 Ogos.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement