Skip to main content

Sukan

Sasaran emas kekal KPI utama kontinjen negara - Jefri

KUALA LUMPUR, 8 Sept - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin bercakap ketika sidang media pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia ke-20 dan Sukan Para Asia ke-5 Aichi-Nagoya 2026, Jepun di Majlis Sukan Negara hari ini. Turut sama Ketua Kontinjen Malaysia bagi Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 Datuk Mohd Sumali Reduan dan Ketua Kontinjen Malaysia bagi Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 Tan Chee Keong. - fotoBERNAMA (2026)
Jefri bercakap pada sidang media susulan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia ke-20 dan Sukan Para Asia ke-5 Aichi-Nagoya 2026, Jepun di Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur, 8 Sept 2026. Turut hadir, Mohd Sumali dan Ketua Kontinjen Malaysia bagi Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 Tan Chee Keong. - fotoBERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Penetapan sasaran pingat emas secara khusus sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) kepada kontinjen dan atlet negara pada temasya sukan utama akan diteruskan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin berkata keputusan itu dipersetujui pengurusan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta MSN, selepas pendekatan berkenaan diperkenalkan semula pada Sukan Komanwel Glasgow pada Ogos lepas, dan diteruskan pada Sukan Asia Aichi-Nagoya yang akan membuka tirai 19 Sept ini.

"Setakat ini keputusan pengurusan tertinggi KBS dan MSN menetapkan bahawa kita meletakkan sasaran emas di semua temasya.

 "Manakala pada tahun depan kita akan anjurkan Sukan SEA dan kita dah umum nak jadi juara keseluruhan dan naib juara bagi Sukan Para ASEAN. Jadi memang sasaran itu akan kekal," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kontinjen Malaysia ke Sukan Asia dan Para Asia Aichi-Nagoya 2026, semalam.

 Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 Datuk Mohd Sumali Reduan mengumumkan sasaran kontinjen Malaysia iaitu enam pingat emas, tujuh perak dan 20 gangsa pada temasya berkenaan.

 Sebagai rekod, kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Hangzhou 2022 mengambil pendekatan berbeza apabila tidak menetapkan sasaran pingat mengikut warna, sebaliknya menyasarkan 27 pingat secara keseluruhan.

Pendekatan sama diteruskan pada beberapa temasya sukan berikutnya sebelum kaedah penetapan sasaran itu diubah pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

 -- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement