Skip to main content

Sukan

Syabas! wira, wirawati Malaysia atas prestasi membanggakan - PM Anwar

GLASGOW 2026
Anwar turut merakamkan penghargaan kepada jurulatih, pegawai, pasukan sokongan serta seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kejayaan kontinjen negara. - Foto BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia atas semangat juang dan prestasi membanggakan yang dipamerkan pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Menerusi hantaran di Facebook malam tadi, beliau turut merakamkan penghargaan kepada jurulatih, pegawai, pasukan sokongan serta seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kejayaan kontinjen negara.

"Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia atas semangat juang yang luar biasa dan prestasi membanggakan yang dipamerkan pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

"Terima kasih kepada jurulatih, pegawai, pasukan sokongan serta seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kejayaan kontinjen negara. Syabas, wira dan wirawati Malaysia," katanya.

Malaysia menamatkan kempen pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 dengan pencapaian membanggakan apabila meraih lapan pingat emas, tiga perak dan lima gangsa, sekali gus menduduki tempat ke-10 keseluruhan.

— BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement