Skip to main content

Sukan

Tambah baik aspek SIC bermula Isnin

Putrajaya , 22 Julai 2026. Menteri Belia dan Sukan , Dr. Mohammed Taufiq Johari menyampaikan ucapan perasmian berikutan Majlis Peluncuran Kempen Antibuli Pekarasa: Henti Buli, Mula Peduli di Lobi Menara KBS, Putrajaya.Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Menteri Belia dan Sukan, Mohammed Taufiq Johari, berkata penambahbaikan tersebut bukan sahaja membabitkan trek perlumbaan, malah turut meliputi kemudahan lain di SIC.
Advertisement

PERSIAPAN  Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini di tahap terbaik menjelang penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain, dengan kerja-kerja baik pulih dan naik taraf dijadual bermula Isnin ini.

Menteri Belia dan Sukan, Mohammed Taufiq Johari, berkata penambahbaikan tersebut bukan sahaja membabitkan trek perlumbaan, malah turut meliputi kemudahan lain di SIC.

Sehubungan itu, SIC akan ditutup sepenuhnya mulai tarikh berkenaan bagi membolehkan proses penambahbaikan dilaksanakan.

"Persiapan sangat baik, tapi kami kini memasuki fasa untuk baik pulih dan naik taraf SIC yang bermula 7 September.

"Hari ini merupakan hari untuk memberikan peluang untuk semuan sebelum SIC akan ditutup sepenuhnya untuk kerja naik taraf," katanya.

Terdahulu, Dr Taufiq merasmikan acara Larian Circuit Dash KBS x SIC Run 2026 yang disertai lebih 7,000 peserta, malam tadi.

Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berada di litar berkenaan sebelum ia ditutup untuk kerja-kerja baik pulih dan naik taraf sempena perlumbaan F1 pada awal bulan depan.

"Hari ini ada yang membawa keluarga serta rakan-rakan dan ia memupuk semangat ukhuwah antara kita.

"Saya harap semua dapat merasai pengalaman di SIC," katanya.

Must Watch Video

Advertisement