Skip to main content

Sukan

UCL: Newcastle melangkah bergaya ke pusingan 16 terakhir

Newcastle's Sandro Tonali celebrates after scoring during the Champions League second leg playoff match between Newcastle and Qarabag in Newcastle, England, Tuesday, Feb. 24, 2026. (Owen Humphreys/PA via AP)
Sandro Tonali meraikan kejayaan menjaringkan gol ketika perlawanan UCL antara Newcastle dan Qarabag di Newcastle, England, 24 Feb 2026. (Foto AP)

NEWCASTLE United tidak berdepan masalah meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara (UCL) selepas menewaskan kelab dari Azerbaijan, Qarabag, 3-2 (agregat 9-3) di St James' Park, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Eddie Howe itu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Sandro Tonali seawal minit keempat permainan.

Advertisement

Selang dua minit kemudian, giliran Joelinton pula menewaskan Ramazanov selepas menampan kemas hantaran daripada Harvey Barnes sekali gus menutup babak pertama dengan pasukan tuan rumah mendahului 2-0.

Begitupun, beberapa siri serangan yang diatur Qarabag akhirnya menerjah gawang Newcastle selepas rembatan Camilo Duran pada minit ke-50, namun tandukan Sven Botman terus menjarakkan defisit jaringan menjadi 3-1.

Qarabag dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan pasukan tuan rumah,  namun berjaya diselamatkan Aaron Ramsdale sebelum disambar pantas oleh Elvin Cafarguliyev sekali gus menutup 90 minit perlawanan untuk kemenangan Newcastle di laman sendiri.

Newcastle menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan ke-12 dengan 14 mata selepas lapan perlawanan.

 

Must Watch Video