KEBANGKITAN dramatik Juventus tidak berjaya membantu mereka melakar kemenangan apabila tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara (UCL) di tangan gergasi Turkiye, Galatasaray awal pagi tadi.
Tewas dalam aksi playoff kedua 2-3, Galatasaray memastikan kelebihan dalam aksi pertama membawa mereka ke pusingan 16 dengan kemenangan 7-5 secara agregat.
Advertisement
Victor Osimhen dan Baris Yilmaz menjaringkan gol yang membantu Galatasaray memenangi pertembungan mendebarkan, sekali gus menempah pertemuan dengan sama ada Liverpool atau Tottenham Hotspur pada pusingan seterusnya.
Memasuki aksi kedua dengan ketinggalan 2-5, Juventus berjaya mendapatkan gol pembukaan menerusi Manuel Locatelli, sebelum terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas 48 minit permainan.
Ia tidak menghalang mereka mendapatkan dua lagi gol menerusi Federico Gatti dan Weston McKennie untuk mengikat agregat 5-5.
Kekurangan The Old Lady di atas padang akhirnya berjaya digunakan Galatasaray dalam masa tambahan, gol daripada Osimhen serta Yilmaz memadam harapan Juventus untuk membawa perlawanan ke penentuan penalti menerusi gol yang memihak kepada Galatasaray.