SHAH ALAM: Sebanyak 109 acara menerusi tujuh jenis sukan akan dipertandingkan dalam Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) 2023 bermula esok hingga 19 Nov ini.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi berkata daerah Hulu Langat dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran kejohanan dwitahunan edisi ke-14 itu melibatkan olahraga, pencak silat, boling padang, ping pong, petanque, sepak takraw dan berbasikal.
"Sebanyak 377 pingat dipertandingkan dalam edisi kali ini dengan kira-kira 1,500 atlet (berumur) bawah 21 tahun yang kebanyakannya merupakan pelajar sekolah menengah dan mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) Selangor akan berkampung di sekitar daerah Hulu Langat.
"Kontinjen Petaling merupakan juara bertahan pada edisi 2019 dan kejohanan kali ini menyaksikan kesemua sembilan daerah mengambil bahagian untuk merebut gelaran juara," katanya kepada pemberita dalam sidang media berhubung kejohanan itu di sini hari ini.
Mohd Najwan berkata pemilihan atlet yang mewakili daerah juga dilaksanakan di bawah program kendalian Majlis Sukan Daerah (MSD) iaitu berdasarkan merit dan mereka yang bertanding turut diserapkan untuk mewakili negeri dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2024.
Dalam pada itu beliau berkata pemilihan sukan yang dipertandingkan adalah berikutan program pembangunannya yang agak perlahan selepas pandemik COVID-19, di samping kurang penganjuran kejohanan sukan terbabit pada peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
"Jadi kita sekarang nak cuba untuk (cungkil bakat) atlet kita di peringkat daerah kerana sukan-sukan ini antara yang kurang (dipertandingkan). Jadi kita uji untuk mereka bertanding sesama sendiri," katanya.
Kejohanan SUKSES merupakan usaha pembangunan sukan peringkat akar umbi Selangor dan merupakan medan mengukur prestasi atlet yang menjalani latihan di bawah program pembangunan sukan di peringkat daerah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 06 2023
Mohd Najwan (kiri) bersama Mohamad Nizam (kanan) menunjukkan piala dan pingat yang dipertandingkan ketika sidang media SUKSES 2023, di Shah Alam hari ini. - Gambar Bernama
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
109 acara dipertanding dalam SUKSES 2023 - Exco
Sebanyak 109 acara menerusi tujuh jenis sukan akan dipertandingkan dalam Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) 2023 bermula esok hingga 19 Nov ini.
Johor hasrat jadi hab pelancongan sukan
Kerajaan negeri berhasrat untuk menjadikan Johor sebagai hab pelancongan sukan terutamanya selepas menjadi destinasi penganjuran beberapa kejohanan sukan bertaraf antarabangsa.
Johor umum Ahad cuti khas peristiwa sempena kejayaan negeri dalam sukan
Kerajaan Johor mengisytiharkan Ahad sebagai cuti khas peristiwa sempena kejayaan pasukan Johor Darul Tazim (JDT) dan pencapaian cemerlang negeri itu dalam kejohanan sukan tahun ini.
Isu 'Datuk': Abdul Karim terima ugutan bakar rumah
Namun, Abdul Karim tidak bercadang membuat sebarang laporan polis setakat ini, kerana menerima perkara tersebut sebagai kebebasan bersuara di media sosial.
Stadium Sultan Ibrahim sedia terima penonton
Pihak marshal turut akan ditempatkan di dalam stadium itu bagi memastikan pematuhan SOP dalam kalangan penonton.
Isu Palestin dan Kejohanan Renang Para Dunia: Mahathir buka mata antarabangsa
Mahathir jadi juara carta 'Sibaq Al Akhbar' (Berita-berita Dunia Paling Hangat) bagi kategori 'Tokoh Minggu Ini' kelolaan saluran berita Arab terkenal, Al Jazeera.
Azizulhasni terganggu laporan akhbar
Pelumba basikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang hari ini memberikan penjelasan terhadap beberapa kekeliruan berhubung usahanya melayakkan diri menyertai acara keirin dan pecut pada kejohanan Sukan