SUKAN
15 pemain import bawa Liga Malaysia ke perkembangan segar, sihat dengan saingan lebih kompetitif - Presiden MFL

Datuk Ab Ghani Hassan, yakin liga bola sepak negara bakal menuju ke arah perkembangan lebih segar dan sihat. - StadiumAstro
PRESIDEN Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan, yakin liga bola sepak negara bakal menuju ke arah perkembangan lebih segar dan sihat bagi memastikan saingan lebih kompetitif dengan pengenalan pendaftaran 15 pemain import bagi setiap pasukan.
Baginya, ia akan mencipta dimensi baru dalam meningkatkan kualiti pemain untuk bertanding di peringkat Asia dan dunia.
Selain itu, kehadiran pasukan dari Brunei, DPMM, dalam Liga Super musim baru ini, turut diharap menjadi tonik terbaik buat kelab-kelab di Malaysia mempamerkan saingan terbaik untuk mengembalikan reputasi Liga Malaysia.
"Mengenai Brunei (DPMM), mereka sudah berminat untuk menyertai liga kita sejak tahun 2022 lalu," katanya dalam sidang media seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Faizal Bazari."Ia juga merupakan insiatif daripada Pemangku Sultan Johor (Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim).
"MFL mengadakan usaha melalui perbincangan dan sebagainya tetapi tidak dapat membawa masuk kerana kami sedang sibuk membuat kalendar baru.
"Kerana MFL cuba untuk menyeragamkan kalendar dengan negara-negara ASEAN lain dan akhirnya kami berjaya.
"Jadi, pada 2026, ia akan menjadi kalender keseluruhan yang serentak bagi kebanyak negara-negara ASEAN."
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami