KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan empat lagi atlet negara diketuai jaguh lompat tinggi Lee Hup Wei layak ke Sukan Olimpik Tokyo bermula 23 Julai ini.
Selain Hup Wei, turut ke Tokyo perenang negara Welson Sim yang akan beraksi dalam acara 200m dan 400m gaya bebas lelaki manakala Phee Jinq En dalam acara 100m kuak dada wanita dan pelari pecut Azreen Nabila Alias (100m wanita) yang telah menempah tiket masing-masing ke temasya itu.
Ini adalah penampilan ketiga Hup Wei di pentas Olimpik, diikuti yang kedua buat Welson dan Jinq En manakala Azreen pula bakal membuat penampilan sulung di gelanggang berprestij itu.
Dengan kejayaan empat atlet negara dan semua kejohanan kelayakan sudah lengkap dan slot sudah diisi, MOM mengesahkan kontinjen Malaysia diwakili 30 atlet bakal beraksi dalam 10 sukan di temasya yang membuka tirai pada 23 Julai hingga 8 Ogos.
Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan hari ini mengucapkan tahniah kepada semua atlet yang cekal menempuhi situasi sukar dalam tempoh dua tahun terakhir demi melayakkan diri ke Sukan Olimpik.
"Kita mempunyai masa lebih kurang tiga minggu lagi menuju ke temasya itu dan kumpulan pertama adalah atlet pelayaran yang akan berlepas pada 8 Julai.
"Kami bersama Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Persatuan Sukan Kebangsaan akan memberi fokus kepada persiapan terakhir semua atlet bagi memastikan prestasi kemuncak di Tokyo nanti," katanya.
Badminton kekal sebagai pasukan terbesar dalam kontinjen negara dengan lapan orang pemain, diikuti terjun (lima), pelayaran (empat) manakala masing-masing dua wakil dalam sukan memanah, olahraga, berbasikal, golf, gimnastik dan renang manakala seorang dalam sukan menembak.
Pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kontinjen negara diwakili 32 atlet daripada 10 sukan.
Bernama
Fri Jul 02 2021

Mohamad Norza mengucapkan tahniah kepada semua atlet yang cekal menempuhi situasi sukar dalam tempoh dua tahun terakhir demi melayakkan diri ke Sukan Olimpik. - Gambar fail

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini apabila peniaga mengambil untung selepas kenaikan baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 795 mangsa banjir di empat PPS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sidang Dewan Rakyat labuh tirai, 12 rang undang-undang lulus
Sidang kali ini juga mencatat sejarah dengan lulusnya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
APEC 2023: Resilience, innovation & inclusivity
Impact investing in Malaysia with strategic approach
Prestasi semasa & unjuran FBM KLCI
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkongsi pandangan berkenaan prestasi semasa dan unjuran FTSE Bursa Malaysia KLCI.
Kertas Putih Gaji Progresif: Apa yang menarik?
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkongsi pandangan beliau berkenaan Kertas Putih Cadangan Gaji Progresif yang dibentangkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di Dewan Rakyat pada Khamis.

Liverpool tunjuk taring di Liga Europa
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu mengesahkan tempat teratas Kumpulan E hasil jaringan Gakpo dan gol daripada Luis Diaz dan Mohamed Salah.

PM Anwar individu pertama Malaysia miliki Digital ID
Digital ID ialah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta.
![[LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza [LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701384826_TBQatariRedCrescent.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza
Raja Abdullah berkata, tindakan Israel terus menahan aliran bantuan ke Gaza adalah tidak boleh diterima.

Olimpik Paris: Johnathan atlet ketiga negara layak secara merit
Penembak negara, Johnathan Wong, menjadi atlet ketiga Malaysia layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Belanjawan 2024 mesra industri sukan - MOM
Belanjawan 2024 ambil kira keperluan semua lapisan keluarga sukan negara, kemuncaknya peruntukan RM20 juta untuk program 'Road To Gold'.

Kejayaan 32 pingat Sukan Asia Hangzhou tutup mulut pengkritik sukan negara
Kejayaan itu hasil perancangan rapi pemegang taruh utama iaitu Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), MSN, MOM dan Institut Sukan Negara (ISN).

MOM tunggu laporan penuh ISN keadaan Azizulhani
MOM sedang menunggu laporan penuh Institut Sukan Negara (ISN) berhubung keadaan semasa Azizulhasni susulan kemalangan.

Penetapan sasaran Sukan Asia dijangka guna pendekatan baharu - MOM
MOM serahkan kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh untuk memutuskan pendekatan yang bakal digunakan berhubung sasaran pingat Sukan Asia Hangzhou 2022.

Lebih 300 atlet berpeluang ke Sukan Asia selepas syarat dilonggarkan
Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memberikan kelonggaran dalam syarat pemilihan ke Sukan Asia Hangzhou di China.

Berbasikal trek: MOM jamin sokongan penuh buat Azizulhasni
Azizulhasni memerlukan sokongan terutama daripada aspek sains sukan bagi memaksimumkan prestasinya.

Masih boleh bersabar dengan Zii Jia - Hamidin
Datuk Hamidin berkata peluang perlu terus diberikan kepada Zii Jia, yang diibaratkan sebagai aset kontinjen negara di Paris.

Malaysia patut lawan Vietnam kejar tiga teratas, bukan Singapura
Mohamad Norza berkata sekiranya Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan, pada hakikatnya ia bukanlah satu keputusan yang boleh diagungkan.

Sukan SEA: Sharmendran dipilih bawa Jalur Gemilang di Kemboja - MOM
Antara sebab Sharmendran dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang pada upacara tersebut adalah kerana atlet berusia 30 tahun itu merupakan prospek emas negara kali ini.