790 atlet Melaka disenarai dalam persiapan awal SUKMA 2026

Shanmugam berkata setakat ini Melaka aktif mengadakan pelbagai pertandingan dan sesi latihan bagi mencungkil bakat baharu serta menilai prestasi atlet sedia ada dalam 37 jenis sukan yang bakal dipertandingkan. - Foto Facebook/Shanmugam
MELAKA: Sebanyak 790 atlet didaftarkan dalam senarai awal kontinjen Melaka bagi persiapan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) di Selangor tahun depan.
Ringkasan AI
- 790 atlet didaftarkan dalam senarai awal kontinjen Melaka bagi SUKMA Selangor 2022.
- Pendaftaran awal bertujuan memberi peluang kepada atlet berbakat Melaka untuk mewakili negeri sendiri.
- Melaka sasarkan membaiki pencapaian 17 emas, 23 perak, dan 30 gangsa pada SUKMA Sarawak 2024 dengan peruntukan RM1.4 juta untuk penyelenggaraan fasiliti sukan.
"Jika mereka tidak disenaraikan, ada kemungkinan mereka akan mewakili negeri lain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka ke-39 di sini pada Isnin.
Shanmugam berkata setakat ini Melaka aktif mengadakan pelbagai pertandingan dan sesi latihan bagi mencungkil bakat baharu serta menilai prestasi atlet sedia ada dalam 37 jenis sukan yang bakal dipertandingkan.
Beliau berkata Majlis Sukan Negeri turut menempatkan jurulatih sepenuh masa, separuh masa dan sambilan bagi memperkukuh persiapan pasukan.
Katanya Melaka menyasarkan untuk membaiki pencapaian terdahulu iaitu 17 pingat emas, 23 perak dan 30 gangsa pada SUKMA Sarawak 2024.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan kerajaan negeri memperuntukkan RM1.4 juta untuk penyelenggaraan dan baik pulih fasiliti sukan di seluruh negeri, dengan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menerima RM50,000.
"Fasiliti seperti gelanggang futsal dan sepak takraw sedia ada kebanyakannya dibina pada 2009 dan usaha baik pulih ini penting agar kemudahan yang digunakan kekal selamat serta dalam keadaan baik," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


