SUBANG JAYA: Sebanyak 80 resolusi dicapai pada Persidangan Wanita dalam Sukan ASEAN 2023 sebagai usaha memperkasa serta meningkatkan peranan wanita dalam bidang sukan tanah air dan serantau.
Ketua moderator persidangan Prof Datuk Dr S Shamala berkata antara resolusi utama adalah cadangan untuk meletakkan kuota 30 peratus wanita dalam kepimpinan tertinggi di persatuan-persatuan sukan dan tidak terbatas setakat ahli jawatankuasa (AJK) sahaja.
"Jawatan mesti bukan AJK sahaja, tapi jawatan yang boleh buat keputusan kerana kadang-kadang sebagai seorang AJK, suara tak berapa kuat," katanya kepada pemberita pada majlis penutupan persidangan itu di sebuah hotel di sini oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim.
Persidangan tiga hari sejak Selasa itu disertai tujuh wakil ASEAN daripada Brunei, Kemboja, Indonesia, Loas, Myanmar, Filipina dan Singapura selain lebih 100 peserta merangkumi atlet, bekas atlet, pengamal media, pensyarah dan pakar sukan.
Shamala berkata resolusi lain yang disuarakan adalah program pertukaran antara jurulatih tempatan dengan jurulatih dari rantau ASEAN selain mengalakkan media memberi kesedaran meluas agar wanita turut diberi perhatian dalam bidang sukan.
Beliau berkata semua resolusi memfokuskan kepada empat teras iaitu Kepimpinan, Kejurulatihan, Gaya Hidup Aktif dan Suara serta Keterampilan.
Resolusi itu katanya akan diserahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk dibawa ke Mesyuarat Menteri-Menteri Sukan ASEAN tahun depan.
Sementara itu, Adam Adli berkata semua resolusi itu akan memberi pendedahan dan kesedaran mengenai cabaran yang dihadapi wanita dalam bidang sukan.
"Saya yakin kerjasama baik antara negara serantau ASEAN lain boleh mencapai kesepakatan untuk kita lihat bagaimana golongan wanita diperkasakan dalam sukan dan kita harap persidangan ini menjadi medan untuk kita cambahkan setiap idea.
"Di Malaysia pencapaian atlet wanita dalam sukan dilihat sangat sihat, bagaimanapun bidang kepimpinan dan pengurusan memerlukan tumpuan dan penglibatan golongan wanita adalah satu keperluan," katanya kepada pemberita selepas majlis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023
Shamala membentangkan resolusi yang dicapai pada Persidangan Wanita dalam Sukan ASEAN 2023 di Subang Jaya, 16 Nov 2023. - Foto Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
80 resolusi perkasa peranan wanita dalam bidang sukan
Antara resolusi utama adalah cadangan untuk meletakkan kuota 30 peratus wanita dalam kepimpinan tertinggi di persatuan-persatuan sukan.
Kegagalan skuad hoki ke Olimpik perlu dilihat secara positif
Kegagalan itu dijadikan kayu pengukur dan pengajaran bagi memperbaiki kelemahan agar impian ke Olimpik seterusnya dapat direalisasikan.
Subahan Kamal, S. Shamala sahkan akan bertanding pertahan jawatan MHC
Keputusan dibuat selepas mereka mendapat sokongan besar daripada ahli gabungan yang mahukan mereka mempertahankan jawatan masing-masing.