awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jepun tangguh pelancaran roket H3 bagi siasat kegagalan terdahulu
Saintis berjaya ekstrak DNA Leonardo da Vinci daripada karya seni
Titi gantung Lata Rek: ICU JPM akan bincang dengan agensi teknikal esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aaron, Wooi Yik bakal terima insentif lebih RM200,000

Bernama
Bernama
29/08/2022
16:06 MYT
Aaron, Wooi Yik bakal terima insentif lebih RM200,000
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang melakar sejarah merangkul kejuaraan pertama bagi Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun, akan menerima insentif wang tunai lebih RM200,000 setiap seorang. - Gambar fail/BAM
SEPANG: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang melakar sejarah merangkul kejuaraan pertama bagi Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun, akan menerima insentif wang tunai lebih RM200,000 setiap seorang.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata daripada jumlah tersebut, RM150,000 diberikan badan induk itu, manakala selebihnya daripada syarikat peralatan sukan Yonex selaku penaja.
Mohamad Norza juga memaklumkan beregu itu akan menerima RM20,000 setiap seorang menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Ini hanya peringkat awal. Apa yang saya boleh beritahu ialah saya akan berbincang dengan pihak kerajaan dan penaja bagi memastikan mereka menerima ganjaran sewajarnya," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Isnin.
Katanya, beliau juga akan mencadangkan supaya jumlah insentif wang tunai SHAKAM dinaikkan sesuai dengan kejayaan beregu berkenaan.
"Saya akan mengusulkan kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk mempertimbangkan jumlah yang sepatutnya.
"Perbincangan juga akan dibuat bersama pemegang taruh yang lain supaya beregu ini diberi ganjaran yang sepatutnya," katanya.
Pada kejohanan dunia itu semalam (Ahad), Aaron-Wooi Yik menewaskan juara dunia tiga kali, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia 21-19, 21-14 untuk menamatkan penantian 45 tahun Malaysia meraih gelaran di kejohanan dunia, sekali gus menjadi wakil negara pertama yang memenangi pertandingan berprestij itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beregu utama negara
#juara dunia
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
#badminton
#BAM
#Mohamad Norza Zakaria
#Yonex
#KBS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan