KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya membalas dendam di atas kekalahan mereka dalam pusingan kedua Terbuka Denmark 2021 di tangan Akira Koga-Taichi Saito dengan menyingkirkan beregu Jepun itu dalam pusingan pembukaan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, di Arena Axiata, Bukit Jalil di sini.
Dalam pertemuan kedua mereka hari ini, Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan kelima kejohanan berjaya mengatasi saat-saat cemas ketika menumpaskan pasangan Jepun bukan pilihan itu 21-18 dalam perlawanan pembukaan.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 kemudian meneruskan usaha mereka untuk mencapai kemenangan yang berkesudahan dengan kemenangan tipis 21-19 pada set kedua.
Aaron-Wooi Yik akan bertemu Terry Hee Yong Kai-Loh Kean Hean dalam pusingan kedua esok bagi menempah slot ke suku akhir.
Beregu Singapura itu menewaskan pasangan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, 21-14, 21-19.
Sementara itu, Aaron gembira untuk membalas dendam di atas kekalahan mereka 19-21 dan 13-21 di Denmark tahun lepas dan bersedia untuk mengatasi Hee Yong-Kean Hean dalam kejohanan ini.
Biarpun kejohanan tahun ini menyaksikan beberapa pemain berprofil tinggi terpaksa pulang awal, Wooi Yik percaya mereka boleh mengelak daripada mengalami nasib sama terutamanya dalam aksi esok.
Pemain pilihan utama perseorangan wanita Akane Yamaguchi dari Jepun selain daripada beregu campuran nombor tiga dunia Yuta Watanabe-Arisa Higashino juga rakan senegaranya merupakan antara peserta yang tersingkir seawal pusingan pertama.
"Kita tak risau sangat lah, yang penting kita kena tumpaskan pemain lain," Wooi Yik memberitahu pemberita di sini hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022
Reaksi pemain beregu Lelaki Malaysia Aaron Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik (kiri) selepas menewaskan pemain Jepun Akira Koga dan Taichi Saito. - Foto BERNAMA
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Axelsen berazam kembali 'gerunkan' lawan pada Paris 2024
Beliau yakin beliau akan kembali pada tahap terbaiknya untuk temasya sukan terbesar dunia itu dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Se Young lakar sejarah buat Korea dengan gelaran Terbuka Malaysia
Pemain wanita nombor satu dunia, An Se Young mencatatkan sejarah sebagai pemain Korea Selatan pertama memenangi gelaran Terbuka Malaysia.
Terbuka Malaysia: Harapan Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran negara punah
Kemarau kejuaraan dalam kejohanan terbuka di laman sendiri masih lagi tiada noktahnya.
Tujuh wakil negara mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia
Chan Peng Soon-Cheah Yee See jadi wakil terakhir negara mara ke pusingan 16 selepas menewaskan wakil Taiwan, Chang Ko-Chi-Lee Chih Chen.
Cabaran negara dalam perseorangan lelaki berakhir di Terbuka Malaysia
Cabaran negara pada acara perseorangan lelaki terpaksa berakhir lebih awal apabila Ng Tze Yong menarik diri ketika menentang pemain Jepun, Koki Watanabe pada pusingan pertama Terbuka Malaysia.
Paris 2024: Zii Jia terap elemen Perancis dalam latihan
Zii Jia berlatih bersama Toma Junior Popov dan Christo Popov bagi mendapatkan pengalaman berdepan pemain dengan corak permainan berbeza.
Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu rangkul gelaran terbuka Malaysia 2024 - Chong Wei
Chong Wei optimis Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masing-masing mampu mencipta magis merangkul gelaran juara pada Terbuka Malaysia 2024, di Axiata Arena esok.
Rexy harap pemain negara tamatkan kemarau enam tahun kejuaraan Terbuka Malaysia
Pemain negara seharusnya tidak melepaskan peluang untuk memburu gelaran Jelajah Dunia Super 1000 itu sekali gus kembali menjejak podium tertinggi di laman sendiri sejak 2018.
Aaron sasar permulaan positif di Terbuka Malaysia 2024
Aaron Chia berharap dapat mengharungi kempen musim ini dengan sempurna, bermula dengan prestasi positif di kejohanan Terbuka Malaysia 2024 pada 9 hingga 14 Jan ini.
'Sepatutnya sudah ada satu kejuaraan'
Katanya, BAM perlu lakukan sesuatu untuk pemain negara bangkit, sekali gus mencipta kejuaraan dalam kejohanan akan datang.