awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aaron-Wooi Yik buru gelaran dunia lepas cipta sejarah di BAC

Bernama
Bernama
14/04/2025
13:28 MYT
Aaron-Wooi Yik buru gelaran dunia lepas cipta sejarah di BAC
Aaron menegaskan perjuangan mereka masih jauh, apatah lagi sedang menyesuaikan diri dengan corak permainan di bawah kendalian Herry Iman Pierngadi. - Bernama
SEPANG: Selepas melakar sejarah muncul juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China semalam, gandingan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik kini mengalih fokus untuk merampas kembali gelaran juara dunia di Paris, Ogos ini.
Walaupun kejayaan sulung di pentas Asia menjadi tonik semangat buat juara dunia 2022 itu, Aaron menegaskan perjuangan mereka masih jauh, apatah lagi sedang menyesuaikan diri dengan corak permainan di bawah kendalian ketua jurulatih beregu lelaki yang baharu Herry Iman Pierngadi.
"Kami masih sasarkan Kejohanan Dunia tahun ini, tapi seperti saya cakap, kami masih dalam proses menyesuaikan diri dengan gaya permainan yang diterapkan jurulatih Herry.
"Jadi, kami teruskan saja... kalau ada rezeki, ia akan berlaku," katanya kepada media sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
Pasangan negara itu dinobatkan juara BAC 2025 selepas mengejutkan gandingan tuan rumah Chen Bo Yang-Liu Yi dengan kemenangan straight set 21-19, 21-17 di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Ningbo.
Lebih manis, kemenangan itu menamatkan penantian 18 tahun Malaysia dalam acara beregu lelaki di BAC -- kali terakhir bergelar juara adalah pada edisi 2007 menerusi Choong Tan Fook-Lee Wan Wah di Johor Bahru.
Aaron berkata segala perancangan yang dirangka Herry membuahkan hasil di BAC 2025, terutama selepas mereka beraksi hambar sepanjang siri jelajah Eropah, termasuk tersingkir awal di All England bulan lepas.
Beliau turut menyifatkan kehadiran Herry di tepi gelanggang di Ningbo -- penampilan pertamanya sejak dilantik Februari lalu -- sebagai faktor penting yang membantu mereka kekal tenang sepanjang kejohanan.
Herry yang digelar "Naga Api" sebelum ini tidak dapat menemani skuad negara ke Eropah berikutan isu visa.
Sementara itu, Wooi Yik menyifatkan kejayaan di Ningbo sebagai versi terbaik gandingan mereka setakat ini serta memuji impak segera dibawa jurulatih dari Indonesia itu.
"Inilah versi baharu kami. Ada sesuatu yang kami belajar daripada coach Herry. Ia satu permulaan yang baik, tapi kami sendiri tak tahu apa akan berlaku dalam kejohanan seterusnya sebab kami masih belajar," katanya yang kini berusia 27 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#juara BAC
#beregu lelaki negara
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#kejihanan dunia
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan